Saksikan bagaimana 10 sukarelawan berjuang untuk meneruskan kehidupan selepas dunia dilanda malapetaka menerusi program realiti televisyen, The Colony disiarkan setiap Rabu di 8TV jam 10 malam.

Selama sepuluh minggu, sukarelawan terpilih daripada pelbagai latar belakang dan usia harus menempuhi kehidupan dalam keadaan yang sukar dengan bangunan terbiar, jalan yang kosong dan suasana suram. Sukar dibayangkan bagaimana manusia mampu hidup dalam keadaan yang serba kekurangan dan rintangan.


Program yang disiarkan selama satu jam akan memberikan penonton pengalaman baru yang membuatkan semua tertanya-tanya bagaimana kita akan terus hidup dalam keadaan dunia selepas dilanda malapetaka.

Menjaga keselamatan daripada ancaman luar dan mencari sumber makanan dan air adalah asas untuk meneruskan hidup dalam apa juga keadaan. The Colony akan memperlihatkan kepada penonton keperluan manusia untuk meneruskan hidup dan membina semula kehidupan.


Program yang menyuntik kelainan tersendiri ini banyak menonjolkan elemen kejutan dalam setiap episod. Kesusahan yang ditonjolkan oleh mereka dalam menjana kuasa elektrik, membina senjata untuk keselamatan dan memelihara tempat tinggal akan membuka mata kita semua.


Sekali gus bersyukur dengan nikmat yang kita dapat selama hidup di muka bumi ini. Bayangkan bagaimana sukarelawan menempuh cabaran dengan kesungguhan dan usaha gigih. Masing-masing mempunyai matlamat dan sasaran sendiri.

Kehilangan seorang sukarelawan mengancam keharmonian antara sukarelawan lain. Mereka gigih mencari alat komunikasi dengan harapan dapat mencari sukarelawan yang hilang. Kedatangan ahli baru dalam program ini juga akan menimbulkan kekecohan sesama mereka dalam mengharungi cabaran untuk meneruskan hidup.

Rancangan untuk melepaskan diri dari penempatan yang mencabar itu tidak semudah yang disangkakan kerana mereka terpaksa melepasi cabaran yang menguji mereka. Semestinya program yang penuh dengan elemen suspen ini akan dapat menarik minat penonton untuk mengikuti episod seterusnya.

Saksikan bagaimana 10 sukarelawan antaranya seorang jururawat, Allison White, Amy West (penyelidik haiwan laut), George Fallieras (doktor), Joey Sciacca (kontraktor), John Cohn (jurutera komputer), John Valencia (mekanik), Leilani Smith (jurulatih seni mempertahankan diri), Michael Raines (jurutera solar), Morgan Hooker (jurutera angkasa lepas) dan Vladimir Beck (kejuruteraan mekanikal).

Program yang turut disiarkan menerusi Discovery Channel dan tampil dalam bentuk cakera padat digital (DVD) mula disiarkan di 8TV sejak 13 Julai lalu. Maklumat lanjut layari laman web www.8tv.com.my. 8TV juga terdapat dalam saluran Astro 708 serta menonton program menarik menerusi laman web www.8tv.com.my atau www.tonton.com.my.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top