Menerusi saluran baru yang diperkenalkan bersempena dengan bulan patriotik ini, iaitu saluran 318, MyMusic menerusi kempen “NEGARAKU, The Best of 1 Malaysia”, Astro menyajikan lebih dari 140 program yang akan ditayangkan mulai 15 Ogos sehingga 16 September kelak khas untuk tontonan anda.
Sidang media yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Operasi Astro, Encik Henry Tan, barisan artis seperti Adira, Burn, Fina, dan ramai lagi turut memeriahkan majlis. Kemeriahan yang dirasai yang dirasai di dalam bulan ini merupakan antara warna-warna yang menjadi latar di dalam semangat 1Malaysia kita. Menurut Dato’ Rohana Rozhan, “Keindahan Negara kita terletak pada kemampuan masyarakat yang berbilang kaum untuk hidup bersama dengan penuh harmoni dan saling menghormati walaupun berbeza latar belakang. Kepelbagaian inilah yan mahu kami contohi menerusi program-program yang telah disusunkan. Para pelanggan kini ditawarkan pelbagai pilihan kandungan NEGARAKU yang menampilkan keunikan budaya kita menerusi program-program pelbagai genre; daripada yang bersejarah hinggalah kontemporari.”
Program yang bakal ditayangkan dan akan memenuhi ruangan hari-hari anda adalah seperti ‘In Person: Unsung Heroes, dan ‘Meja Bulat Merdeka Special’ di Astro Awani (Saluran 501), ‘Hotels Of Malaysia’ dan ‘Nature’s Keepers Malaysia’ di Discovery HD (saluran 571), ‘Arena Sukan :DYMM Sultan Azlan Shah’, ‘Marina Chin’ dan Ishtiaq Mubarak’ di Astro Arena (Saluran 801) serta banyak lagi.
Bukan itu sahaja, malah Astro juga turut menyediakan sajian istimewa khas untuk tontonan pelbagai lapisan termasuklah ‘Waktu Rehat- Squire Anding’ dan ‘Merdeka Day Specials’ di Disney Channel (Saluran 615), ‘P.Ramlee’ dan ‘Sudirman Arshad di History Channel (Saluran 555), ‘Mahathir’ di The Biography Channel (Saluran 731), ‘A Leader’s Legacy: Tun Abdul Razak’ di National Geographic Channel (Saluran 553), telemovie yang mencuit hati Prebet Jamilah 2 di Astro Ria (Saluran 104), ‘Hai Zi Musim 4’ di Astro AEC (Saluran 301), ‘Merdeka Special Musical Concert’ dan ‘VT Sambanthan’ di Astro Vaanavil (Saluran 311) dan banyak lagi saluran yang cukup menghiburkan.
Selain menyajikan saluran yang penuh dengan informasi dan juga hiburan yang berkualiti, Astro juga cuba menyemai semangat 1Malaysia menerusi satu saluran yang akan menjadi tumpuan ramai kelak. Astro memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menerbitkan sendiri muzik mereka yang kemudiannya akan dipilih untuk ditayangkan di saluran baru iaitu MyMusic yang boleh ditonton ramai mulai 31 Ogos sehinggalah 16 September 2011. Ini merupakan sebahagian daripada Kempen Negaraku yang amana MyMusic memberi peluang kepada generasi muda untuk mengasah bakat yang sedia mereka miliki dengan menghantarkan video muzik terbitan tempatan yang menampilkan bakat seni, suara dan elemen bunyian Malaysia.
Ada lagi yang istimewa, khas untuk bulan penuh semangat patriotisme ini. MyMusic Indiepretasi yang mana ia memberi peluang kepada artis-artis muda untuk merakam semula 10 buah lagu yang diundi sendiri oleh rakyat Malaysia. Antara lagu-lagu yang boleh anda undi untuk tersenarai dan mulai digubah serta dirakamkan semula adalah seperti “Balada Pemuzik Jalanan” oleh Search, “Standing In The Eyes Of The World” oleh Ella, “31 Ogos” oleh Sudirman serta banyak lagi. Layari sahaja laman web http://www.mymusic.my dan anda kini sudah boleh mengundi lagu-lagu yang akan diberi nafas baru yang mungkin akan menjadi fenomena semula. Siapa tahu, dengan adanya peluang dan ruang yang diberikan oleh Astro ini, ramai anak-anak muda yang berbakat akan mulai menyerlah dan memeriahkan lagi industri seni tanah air kita.
Lagu “Saya Anak Merdeka” telah pun berjaya diberikan nafas baru dan kini lebih dikenali dengan tajuk baru “Saya Anak Malaysia” oleh penyanyi muda seperti Hafiz, Hazama, Adira, Fina, Najwa, Azlan & The Typewriter, Altimet, Aizat, Phoebe, Mei Yan dan Aanantha serta ramai lagi itu merupakan nyanyian asal Dr. Sam pada tahun 1986. Anda juga berpeluang untuk menghantarkan penyertaan anda untuk peraduan reka cipta kulit album yang diadakan di laman sesawang rasmi. Maka, jangan lepaskan peluang ini dan serlahkan bakat anda menerusi program istimewa “Negaraku, The Best of 1Malaysia”.
~ THR
0 ulasan:
Catat Ulasan