Sejak awal kemunculan, sudah beberapa kali Shahir atau nama berdaftar Ahmad Shahir Zawawi tenggelam timbul dalam dunia hiburan.

Malah kemunculan dan kehilangan juara Akademi Fantasia musim kelapan ini lebih banyak daripada single yang dipertaruhkannya.

Terbaru, khabar menyatakan penyanyi yang mula dikenali dengan single Kebahagiaan Dalam Perpisahan ini membuat keputusan untuk berhenti daripada industri seni dalam masa terdekat.

Sumber menyebut Shahir ditindas dan dianiaya pihak tertentu. Akhirnya penyanyi muda berusia 23 tahun itu khabarnya mahu meninggalkan bidang hiburan yang diceburinya pada tahun lalu. Baru masuk tahun kedua, Shahir sudah tewas.

Cuba menghubungi 'mangsa' yang sedang remuk hati dengan dunia pilihannya, Shahir malahan keluarga enggan tampil memberi penerangan tentang kehilangan Shahir.

Namun kenyataan Naib Presiden, Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, mengesahkan bahawa Shahir bercuti selama dua bulan.

"Pihak kami akan terus komited dalam menyokong pembangunan bakat-bakat seni tempatan," kata Khairul Anwar.

Sikap acuh tidak acuh Shahir menjadi buah mulut ramai dalam merebut peluang selepas bergelar juara sebuah program realiti terkenal. Sudah berada di tapak dan jalan yang betul tapi kesungguhan tidak ketara pada jiwanya.


Single pertama berjaya memasuki sebuah anugerah berpestij iaitu Anugerah Juara Lagu, bukan setakat itu dek kerana wajah yang tampan dan lengkap pakej untuk dijual rupa dan gaya, dia disambar menjadi pelakon.

Masuk ke dalam cabang dunia seni, Shahir menjadi taruhan Yusry sebagai pelakon utama Karak. Tidak berakhir di situ mendapat peluang berganding bersama buah hatinya, Rozita Che Wan dalam telefilem Cer Cerita.

Kalaulah kebahagiaan yang bakal diperolehi daripada perpisahan dengan dunia hiburan, lalu lakukan sahaja tanpa membuang masa dan bermain dengan teka-teki.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top