Jom! Kita sama-sama lihat apa pula pilihan golongan artis.

1) Farah Asyikin
“Saya suka dengan lagu-lagu lama seperti Satu Hari Di Hari Raya oleh M.Nasir, Dendang Perantau oleh P.Ramlee, Indahnya Beraya Di Desa oleh Azlina Aziz dan Seloka Hari Raya oleh Hail Amir dan Uji Rashid. Bagi saya lagu-lagu lama ini membawa saya mengimbas kembali kenangan lama.”

2) Iqa, Mentor
“Saya suka lagu Cahaya Aidilfitri yang dinyanyikan oleh Black Dog Bone dan lagu Satu Hari Di Hari Raya oleh M.Nasir. Saya suka kedua-dua lagu ini sebab lirik dan melodinya menyentuh hati.”

3) Awi Rafael
“Saya pun suka dengan lagu yang dinyanyikan oleh M.Nasir, Suatu Hari Di Hari Raya. Selain mempunyai lirik yang bermakna, saya juga suka dengan melodinya yang mampu menyuntik semangat raya.”

4) Ahmad Idham
“Saya suka dengan lagu Suasana Hari Raya yang dinyanyikan oleh Anuar Zain dan Ellina. Lagu ini mempunyai mood yang ceria. Apabila dengar lagu ini, saya rasa tidak sabar hendak berhari raya bersama keluarga dan teman-teman. Lagu-lagu sedih saya tidak berapa suka!”

5) Zizan Raja Lawak
“Sebenarnya, saya suka dengan lagu-lagu raya yang malar segar. Lagu-lagu lama ini mempunyai semangat raya yang lain daripada lagu-lagu raya baru. Tapi dalam banyak-banyak lagu itu, saya paling suka dengan lagu Salam Dunia yang dinyanyikan oleh M. Nasir. Bagi saya, lagu ini mempunyai lirik yang cukup mendalam maknanya.”

6) Juliana Evans
“Jue paling suka dengan lagu Satu Hari Di Hari Raya oleh M. Nasir. Lagu ini membuatkan Jue teringat kepada kenangan raya dari kecil sehinggalah sekarang ini. Bagi Jue, lagu-lagu malar segar lebih dekat dengan peminat sebab melodi dan liriknya membawa makna yang besar. “

7) Cat Farish
“Kalau orang lain suka lagu-lagu yang ceria, Cat pula suka lagu yang sedih-sedih. Macam lagu Cahaya Aidilfitri dendangan Black Dog Bone tu, apabila saya dengar saya rasa cukup tersentuh. Paling best, saya boleh mendapat idea untuk buat lagu baru.

8) Zizi Fabulous Cat
“Disebabkan saya duduk jauh daripada keluarga, jadi saya cukup meminati lagu dendangan Aishah, Pulanglah. Saya rasa lagu ini kena dengan kisah hidup saya. Kalau lagu yang ceria dan menggambarkan suasana Hari Raya, saya pilih lagu Sudirman Hj. Arshad, Balik Kampung.

9) Aliff Satar
Lagu raya yang paling menyeronokkan mestilah lagu Balik Kampung daripada Allahyarham Sudirman dan Suasana Hari Raya oleh Anuar Zain & Ellina. Kedua-dua lagu ini mencerminkan sambutan raya yang cukup meriah dan menyeronokkan. Selain itu, ia juga membuatkan saya rasa tidak sabar untuk beraya!

10) Heliza Helmi
Saya suka lagu-lagu lama berbanding lagu raya baru. Paling suka dengan lagu Selamat Hari Raya oleh Saloma. Apabila dengar lagu ini, rasa macam hendak terus beraya. Saya rasa penulis lirik lagu ini berjaya menggambarkan kemeriahan Hari Raya dengan baik. Bahkan, lagu ini juga mesra pendengar. Siapa yang tidak tahu lagu dengan Saloma ini. Apabila terdengar lagu ini, terus rasa nak kemas rumah cepat-cepat!

~ Gua

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top