Sebagai anak rantau dari Pulau Pinang, pelakon Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ini akan memastikan dirinya pulang ke kampung waima apa keadaan sekali pun.

Baginya, hanya pada Aidilfitri sahaja merupakan waktu terbaik untuknya berkumpul dengan keluarga dan sanak-saudara yang sudah lama tidak ketemu.

Daripada nada suaranya sahaja, sudah dapat disimpulkan bahawa Sharnaaz sememangnya cukup menantikan sambutan Syawal.

Lebih-lebih lagi apabila hari lahirnya yang ke-26 jatuh pada Hari Raya pertama sekali gus menjadikan sambutan Aidilfitri kali ini begitu istimewa sekali buat Sharnaaz.

“Pagi raya, semua sepupu dan saudara saya akan berkumpul di rumah keluarga saya di Datuk Keramat, Pulau Pinang.

 Sharnaaz Ahmad

“Seterusnya, kami semua akan bersembahyang sunat Aidilfitri di masjid berdekatan dan sebaik sahaja pulang ke rumah, kami akan dihidangkan dengan pelbagai juadah istimewa daripada air tangan ibu saya.

“Ketika itulah juga, soal diet sudah tidak dihiraukan lagi kerana macam-macam makanan akan dihidangkan seperti nasi tomato, ayam ros, ayam kicap dan rendang.

“Memang sudah menjadi tradisi keluarga kami untuk menghidangkan juadah istimewa seperti ini di pagi Syawal. Kemudian, waktu tengah hari pula, kami semua akan ke rumah makcik saya,” cerita Sharnaaz dalam nada penuh teruja.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top