Fizo Omar, pelakon kacak kelahiran Kelantan sibuk menguruskan perniagaan serundingnya. Membuka gerai dihadapan pusat membeli-belah Kompleks Pertama, menurut Fizo, dia menjual serunding yang selama ini menjadi resepi turun temurun keluarganya.

Memberi nama Serunding Fizo Omar, jelas Fizo, selain boleh didapati di gerainya, serunding itu juga boleh didapati di beberapa petronas yang terpilih. Tidak hanay emmikirkan keuntungan, menurut Fizo dia turut menyalurkan sumbangan RM2 melalui setiap 1 kilogram serunding yang terjual kepada anak-anak yatim.

"Sebenarnya perniagaan serunding ni dah lama saya buat, cuma tahun-tahun lepas saya tidak membuka tapak gerai dan hanya menjualnya melalui tempahan sahaja. Tahun ini, saya sendiri yang usahakannya digerai di hadapan Kompleks Pertama.

"Resipi serunding ini memang milik keluarga kami sendiri dan Alhamdulillah, sejak gerai ini dibuka sudah lebih 100 kilogram berjaya dijual. Serunding ini dijual mengikut bungkusan-bungkusan berharga RM15 sahaja, dan ia bukan sahaja dijual pada musim perayaan tetapi sepanjang masa,"jelas Fizo.

Disisi kerjaya pula, Fizo kini baru sahaja menerima tawaran mengacarakan program popular, Nasi Lemak Kopi O. Bersiaran setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, Fizo mengakui agak gementar sewaktu mula bersiaran seminggu yang lalu.

"Sebelum ini saya sudah ada mengacarakan beberapa program, tapi tidaklah segementar ini. Alhamdulillah, walaupun macm-macam perasaan ada pada ketika itu, tapi saya tetap dapat menjayakannya dengan baik.

"Sekarang ini juga, saya sedang tunggu lima filem saya keluar di panggung, iaitu, hello, Halimunan, 7 Petala Cinta, Azazil, dan Minyak Dagu. Tahun ni rezeki lakonan datang dengan banyak, jadi saya tidak menolaknya. Saya tidak hanya berlakon dengan filem-filem dibawah terbitan Metrowealth sahaja, tetapi ia semua bergantung pada skrip yang ditawarkan,"jelas Fizo.

Tidak hanya sibuk dengan penggambaran di lokasi, pelakon kacak kelahiran Kelantan ini juga sebenarnya sibuk menguruskan perniagaan serundingnya. Membuka gerai dihadapan pusat membeli-belah Kompleks Pertama, menurut Fizo, dia menjual serunding yang selama ini menjadi resepi turun temurun keluarganya.

Memberi nama Serunding Fizo Omar, jelas Fizo, selain boleh didapati di gerainya, serunding itu juga boleh didapati di beberapa petronas yang terpilih. Tidak hanay memikirkan keuntungan, menurut Fizo dia turut menyalurkan sumbangan RM2 melalui setiap kilogram serunding yang terjual kepada anak-anak yatim.

"Sebenarnya perniagaan serunding ni dah lama saya buat, cuma tahun-tahun lepas saya tidak membuka tapak gerai dan hanya menjualnya melalui tempahan sahaja. Tahun ini, saya sendiri yang usahakannya digerai di hadapan Kompleks Pertama.

"Resipi serunding ini memang milik keluarga kami sendiri dan Alhamdulillah, sejak gerai ini dibuka sudah lebih 100 kilogram berjaya dijual. Serunding ini dijual mengikut bungkusan-bungkusan berharga RM15 sahaja, dan ia bukan sahaja dijual pada musim perayaan tetapi sepanjang masa,"jelas Fizo.

Disisi kerjaya pula, Fizo kini baru sahaja menerima tawaran mengacarakan program popular, Nasi Lemak Kopi O. Bersiaran setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, Fizo mengakui agak gementar sewaktu mula bersiaran seminggu yang lalu.


"Sebelum ini saya sudah ada mengacarakan beberapa program, tapi tidaklah segementar ini. Alhamdulillah, walaupun macm-macam perasaan ada pada ketika itu, tapi saya tetap dapat menjayakannya dengan baik.

"Sekarang ini juga, saya sedang tunggu lima filem saya keluar di panggung, iaitu, Hello, Halimunan, 7 Petala Cinta, Azazil, dan Minyak Dagu. Tahun ni rezeki lakonan datang dengan banyak, jadi saya tidak menolaknya. Saya tidak hanya berlakon dengan filem-filem dibawah terbitan Metrowealth sahaja, tetapi ia semua bergantung pada skrip yang ditawarkan,"jelas Fizo.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top