"Ramadan tahun ini merupakan ramadan paling sedih buat saya dan anak-anaknya kerana Ameng tidak dapat bersama kami. Yelah, pada kebiasaannya kami sentiasa akan berbuka puasa bersama-sama. Kalau ikutkan hati, saya dan anak-anak langsung tiada hati untuk beraya kerana asyik memikirkan keadaan Ameng saja," katanya.
Mengharap agar dapat melawat Ameng di pagi hari raya nanti, Sabariah tidak dapat menahan sebak kerana anaknya itu sering saja bertanya kepadanya bilakah ayahnya itu akan pulang.
"Saya memang terasa sangat-sangat ketiadaan Ameng. Setiap kali berbuka puasa mesti saya teringat. Apatah lagi, apabila mendengar anak saya bertanya tentang dia. Sampai sekarang ni pun, saya tak terfikir untuk beli persiapan hari raya.
"Namun, saya tetap kuatkan semangat kerana Ameng ada pesan sesuatu pada saya. Selama ini pun, saya jadi kuat dan bersemangat menempuhi liku-liku hidup kerana amanat yang diberikan oleh Ameng," ujarnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang luahan rasa isteri Ameng dalam menyambut hari raya, jangan lupa menonton program Kepohnya Raya yang disiarkan di Astro Ria, hari raya pertama, jam 4 petang.
0 ulasan:
Catat Ulasan