Sinopsis Drama Madu Di Tasik Hempedu

Madu Di Tasik Hempedu mengisahkan si anak tiri yang tidak jemu-jemu menggoda ibu tirinya apatah lagi setelah kematian ayahnya. Meskipun si ibu tiri yang masih muda bertegas hubungan antara kedua-duanya tak akan berhasil dan salah di sisi agama, namun ia tidak pernah mematahkan semangat anak tiri yang seusia dengannya.

Konflik tiba di kemuncak apabila anak tirinya sanggup bertindak di luar batasan mahu memperkosa ibu tirinya. Kisahnya bermula dengan dilema yang terpaksa dilalui oleh Wani (Fasha) yang terpaksa berkahwin dengan lelaki berusia bernama Arman, seorang ahli perniagaan setelah Arman kematian isterinya, Shirah. Bagaimanapun dalam waktu yang sama, Wani dicintai oleh anak sulung Shirah, Rustam (Pierre).

Mengenangkan umurnya tidak panjang akibat menderitai penyakit barah hati, Shirah mewasiatkan agar Wani berkahwin dengan Arman setelah kematiannya demi menjaga anak bongsunya, Fifi. Shirah mengenali Wani sejak 18 tahun lalu yang ketika itu Wani baru saja dimasukkan ke rumah anak-anak yatim.

Manakala Shirah pula yang telah berkahwin dengan Arman, sentiasa berkunjung ke rumah anak yatim sekiranya ada masa terluang kerana dia turut dibesarkan di rumah anak yatim berkenaan.

Permintaan Shirah agak berat untuk ditunaikan oleh Wani. Bagaimanapun bila mengenangkan Shirah banyak membantu dan memberi kasih sayang kepadanya, akhirnya Wani akur. Malangnya perkahwinan Wani dengan Arman tidak disenangi oleh Rustam kerana dalam waktu yang sama, Rustam yang baru balik dari luar negara telah jatuh cinta pada Wani. Bagaimanapun perasaan cinta Rustam hanya tersimpan dalam hati, manakala Wani pula tidak mengetahui yang Rustam menyintainya.

 Madu Di Tasik Hempedu

Setelah Arman berkahwin dengan Wani, Rustam mengambil keputusan keluar dari rumah untuk tinggal berasingan. Dalam waktu yang sama, perasaan cintanya pada Wani tetap bergelora. Arman kecewa dengan sikap Rustam yang keluar dari rumah.

Kalau mahutahu kesudahannya jangan lupa menonton drama menarik yang memberi ikhtibar kepada penonton itu. Jangan lupa ya.

Drama Madu Di Tasik Hempedu mengisi slot Pilihan Jumaat itu akan disiarkan pada pukul 1.30 tengah hari menampilkan gandingan mantap Fasha Sandha dan Pierre Andre.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top