“Paparazzi Aidilfitri” yang bersiaran selama satu jam ini bakal menampilkan persembahan istimewa dari artis terkenal tanah air antaranya Aman Shah, Ana Raffali, One Nation Emcees, Farawahida serta artis di bawah naungan KRU Studios iaitu Iqa Mentor dan VIP.
Rakaman “Paparazzi Aidilfitri” yang berlangsung di Pusat Membeli-Belah Sungei Wang ini turut dihadiri oleh selebriti-selebriti terkenal tanahair seperti Mawi, Memey Suhaiza, Atilia, Intan Ladyana, Kamal Adli, Dafi, Adira, 6ixth Sense dan ramai lagi.
Selain persembahan daripada para artis, hos-hos Paparazzi iaitu Neelofa, Sharifah Sakinah, Aina Suzaily dan hos jemputan, Along Raja Lawak turut beramah mesra dengan selebriti jemputan yang hadir untuk berkongsi mengenai sambutan Aidilfitri mereka.
Menurut Naib Presiden Media & Muzik, KRU Media Sdn Bhd, KC Ismail, beliau memberitahu bahawa KRU TV merupakan rangkaian media maya pertama di Malaysia yang menganjurkan acara seumpama ini.
“Buat pertama kalinya, kami menerbitkan sebuah program hiburan yang dirakamkan di pusat membeli-belah. Berkonsepkan santai dan berlatarbelakangkan sambutan Hari Raya, “Paparazzi Aidilfitri” pasti akan menjanjikan persembahan yang menghiburkan kepada pelayar KRU TV di portal Tonton.”
Bagi rancangan “24-7 Raya” pula, edisi istimewa ini bakal menampilkan band yang cukup popular dengan lagu seperti “Menyesal”, “Tanpa” dan “Khatimah Cinta” iaitu 6ixth Sense. Ketahui tentang sambutan dan persiapan Aidilfitri 6ixth Sense serta dengarkan dendangan lagu raya mereka secara ‘live’ hanya di KRU TV.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Media Prima Berhad khususnya Alt Media kerana memberi peluang kepada kami untuk menceburi dalam New Media ini. Saya yakin, pada masa akan datang, New Media akan menjadi teraju dalam industri ini dan apa yang kami buat sekarang adalah untuk generasi akan datang,” ujar Presiden Eksekutif KRU Media Sdn Bhd, Norman Abdul Halim.
Sedikit info mengenai KRU TV, ia mula beroperasi dan bersiaran di Tonton pada 11 Januari 2011. KRU TV yang menampilkan lapan segmen eksklusif berbentuk hiburan dan informasi antaranya Paparazzi, Carta Blockbuster, 24-7, Dramania, Anime, TMO, Jukebox dan Extravaganza ini kini merupakan antara saluran popular dan pilihan ramai di Tonton.
Bagi pengikut setia KRU TV, jangan ketinggalan untuk menyaksikan secara eksklusif “Paparazzi Aidilfitri” dan “24-7 Raya” melalui saluran KRU TV di www.tonton.com.my sempena Aidilfitri ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan