Mendengar suara comelnya ketika menjayakan watak Upin dan ipin, tidak terlintas dalam fikiran dia sebenarnya kanak-kanak yang memang pemalu. Di luar studio, dia tidak banyak bercakap, tidak seperti celotehnya ketika meminjamkan suara untuk dua watak yang begitu diminati ramai berkenaan.

Begitupun, sikap itu tidak menghalang Asyiela Putri, 11, untuk memberikan hasil kerja yang baik tatkala menyumbangkan suara kecilnya kepada watak berkenaan. Asyiela ialah suara kedua di sebalik watak animasi terkenal itu, selepas Nur Fathiah Diaz terlebih dulu melakukannya.


Pelajar Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 ini memberitahu, sebagai pelajar, pada awal pembabitannya dia agak sukar untuk membahagikan masa. Bagaimanapun, kini semua masalah itu dapat diatasi dengan bantuan bapanya, Azhar Ahmad. Mereka sebaik mungkin cuba menyusun jadualnya agar keduadua bidang dapat dijayakan sebaik mungkin.

"Saya ke sekolah pada jam 7.30 pagi dan tamat pada jam 1 tengah hari. Pada jam 3 petang pula selalunya saya akan ke studio rakaman bagi menjayakan watak berkenaan.

"Pada awalnya saya masih tidak biasa untuk membahagikan masa, tetapi kini semuanya sudah boleh diatasi," katanya yang memberitahu dia tidak terlepas menjadi usikan rakan dan guru kerana membawakan watak yang disukai ramai itu.

Asyiela yang meminati Datuk Siti Nurhaliza berkata, dia rapat dengan kakaknya dan sentiasa menjadikan kakak sebagai rujukan dalam bidang seni.

"Ketika menjayakan lagu raya, kakak menjadi pendengar setia. Dia juga pengkritik yang baik kerana dia sendiri turut berbakat dalam bidang nyanyian," kata si cilik ini yang berkebolehan bermain piano.

Ketika diajukan soalan, bagaimana jika suatu hari nanti suaranya tidak lagi digunakan untuk watak Upin dan ipin, dia jujur berkata, semua itu terpulang kepada keadaan dan selagi suaranya masih boleh digunakan, dia akan sentiasa memberikan kerjasama dan kesungguhan agar watak itu sentiasa tersemat di hati peminat.

Asyiela yang dilahirkan di ibu kota juga sempat berkongsi cerita mengenai sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma beberapa minggu saja lagi, untuk pengetahuan peminatnya.

Katanya, seperti kanakkanak lain, kunjungan Syawal dinantikan penuh keseronokan kerana waktu itu, dia dan keluarga akan pulang ke kampung orang tuanya di Pulau Pinang.

"Tahun lalu saya pulang beraya di Johor dan tahun ini pula, saya dan keluarga akan pulang ke Pulau Pinang dan saya tidak sabar untuk bertemu sanak saudara di sana.

"Bermain bunga api, makan hidangan raya yang sedap serta bermaafmaafan pagi raya sangat menggembirakan saya," katanya.

Anak kepada pensyarah animasi di sebuah universiti swasta ini, tidak seperti kanak-kanak lain yang menggemari kuih berasaskan coklat, lebih gemarkan kuih raya tradisional. Paling disukainya ialah kuih bahulu serta samperit yang dimasak neneknya.

"Saya suka kuih bahulu dan saya paling suka makan masakan ibu sendiri kerana masakannya tidak pedas," katanya yang sentiasa ditemani ayah tersayang dalam aktiviti seninya.

Kanak-kanak manis ini turut memberitahu, dia sudah mempunyai koleksi baju raya dan hampir kesemuanya berwarna merah jambu kerana dia sendiri sangat sukakan warna lembut itu.

6 ulasan:

  1. ASYIELA PUTRI BUKAN HANYA MALU.TETAPI DIA JUGA SANGAT COMEL

    BalasPadam
  2. Asyiela saya sangat minat suara awk .... awk sekarang darjah ape ???

    BalasPadam
  3. Slalu dapat tempat ke berapa dalam kelas?duit hasil upah buat apa?

    BalasPadam
  4. suara awak sedap dan awak comel

    BalasPadam
  5. awak sombong dalam kelas

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top