Filem original HBO, Temple Grandin akan ditayangkan buat julung kali di Asia pada 2 September ini di HBO. Dibintangi pemenang anugerah Golden Globe, Claire Danes, ia memaparkan kisah mengenai seorang penulis terkenal yang juga saintis haiwan dan pejuang dalam hal autisme.

Filem ini turut dibintangi Catherine O'Hara dan Julia Ormond serta calon anugerah Academy dan anugerah Golden Globe, David Strathairn. Ia diarah pemenang tiga kali Anugerah Persatuan Pengarah, Mick Jackson, hasil lakon layar oleh Christopher Monger dan pemenang Anugerah Persatuan Penulis, William Merritt Johnson.


Temple Grandin berdasarkan buku yang berjudul Emergence oleh Temple Grandin dan Margaret Scariano, serta buku Thinking in Pictures oleh Temple Grandin sendiri.

Sinopsis Temple Grandin

Temple Grandin mengisahkan kecekalan dan perjuangan seorang wanita muda ketika dia bergelut dengan cabaran autisme pada suatu ketika lalu yang mana ia masih tidak diketahui ramai. Filem ini mengisahkan zaman awal apabila penyakitnya baru dikenal pasti; zaman dia membesar yang penuh cabaran serta perkembangan dirinya ketika di bangku sekolah; sokongan cekal dari ibu, emak saudara dan guru sainsnya; sehinggalah dia muncul sebagai seorang wanita yang berjaya yang peka dan faham perilaku haiwan.

Tidak serik dengan rintangan yang dihadapi dari segi pelajaran, sosial dan kerjaya, Grandin berupaya menjadikan bakat uniknya menjadi alat perilaku yang dapat membawa revolusi kepada industri ternakan lembu. Ini pula menjadi dasar terhadap kerjayanya sebagai seorang penulis, pensyarah dan perintis perjuangan autisme serta pelajaran mengenai autisme.

Filem yang menakjubkan ini memberi pandangan terperinci terhadap dunia Temple Grandin. Ia membenarkan penonton menyelami pemikirannya dengan adanya imej tertentu yang memberi pandangan dari segi persepsi dirinya sendiri serta perjalanan hidup wanita ini dari zaman kanak-kanak sehingga dewasa pada permulaan kerjayanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top