Memulakan siaran pada 6 Ogos adalah filem Where Got Ghost yang dibintangi oleh Jack Neo, Henry Thia, Mark Lee, Marcus Chin dan ramai lagi. Filem ini meneroka upacara membakar wang kertas dan memberi makanan kepada roh yang telah menjadi salah satu acara yang dilakukan sewaktu ‘Pesta Hantu’ di Singapura. Filem ini menyelitkan unsur seram dan humor yang menggabungkan antologi tiga buah cerita iaitu ‘Roadside Got Ghost’, ‘Forest Got Ghost’, dan ‘House Got Ghost’.
Pada minggu berikutnya, penonton disajikan pula filem My Left Eye Sees Ghost yang mengisahkan nasib malang May kerana kematian suami. May juga terpaksa berdepan dengan gosip mengatakan beliau berkahwin kerana wang. Namun May mengatasi kekecewaan beliau dengan menikmati hidangan yang banyak. Suatu hari, May mengalami kemalangan kecil dan apabila beliau terjaga mata kiri beliau boleh melihat roh. Sammi Cheng, Lau Ching-Wan, dan Lee San-San adalah antara pelakon yang membintangi filem ini.

Filem Anna & Anna yang dibintangi oleh Karena Lam, Tender Huang dan Lu Yi pula menemui penonton pada 27 Ogos. Filem ini mengisahkan Anna menjalani kehidupan yang cukup sempurna. Anna dipindahkan dari Singapura ke Shanghai, sebuah tempat yang menyimpan duka lama. Keadaan menjadi pelik apabila beliau melihat imej beliau di dalam cermin yang menggunakan nama yang sama dan telah berkahwin dengan bekas teman lelaki beliau Ou Yang. Siapakah yang dilihat seiras dengan wajah beliau?
Filem-filem menarik ini akan menemui akan menemui penonton pada setiap Sabtu jam 8.30 malam bermula 6 Ogos ini hanya di 8TV.
~ Media Hiburan
0 ulasan:
Catat Ulasan