Hakikatnya, usah terkejut jika seseorang saudara baru itu ternyata memiliki iman yang lebih sempurna berbanding individu yang dilahirkan dalam keluarga Islam. Mereka yang bergelar saudara baru ini menemui hidayah dalam diri setelah diberikan cahaya oleh Allah dalam hati mereka.
Mengisi slot Pilihan Jumaat sempena Ramadan ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi sebuah drama menarik bertajuk Nur Ar-Rahman pada 19 Ogos, jam 1.30 tengah hari di TV2, yang menampilkan dua watak besar membabitkan seorang remaja Islam yang tersasar daripada landasan agama sebenar dan seorang lagi watak lelaki mualaf yang berperanan memimpin remaja itu daripada terus bergelumang dengan dosa.
Dibintangi pelakon berbakat, Hishamuddin Ahmad sebagai Rahman, Harlym Yeo (Rahim Lee), Corinne Adrienne (Siti Khadijah Wong) dan Watie Sadali (Saerah), drama sarat pengajaran ini bermula dengan memaparkan plot yang mana kehidupan Rahman penuh pancaroba.
Ketandusan kasih sayang, kekusutan jalinan kekeluargaan, ketiadaan bimbingan agama, pergaulan bebas dengan rakan jahat, pergaduhan dan persengketaan sudah sebati dalam diri Rahman.
Saksikan kesudahan cerita Nur Ar-Rahman pada 19 Ogos, jam 1.30 tengah hari hanya di TV2.
0 ulasan:
Catat Ulasan