Maddox yang berusia 10 tahun itu akan membintangi filem penerbitan produksi Pitt dan khabarnya dia ditawarkan melakonkan watak utama. Filem tersebut dijadualkan akan memulakan penggambarannya pada tahun depan.
"Filem tersebut telah diadaptasi daripada sebuah novel bergambar mengenai seorang kanak-kanak penggembala meninggalkan rumahnya di puncak gunung untuk bertempur dengan seekor raksasa," kata sumber kepada Daily Star.
Tambah sumber itu lagi, kehidupan harian Maddox sebenarnya diisi dengan dunia perfileman selain meminati membaca komik.
Kerana itu, Jolie dan Pitt berpendapat Maddox begitu sesuai dengan watak tersebut.
Sementara itu, Maddox dan lima adik beradiknya kini berada di England mengikuti Jolie dan Pitt menjalani penggambaran filem World War Z.
0 ulasan:
Catat Ulasan