Menurut Asyraf, pada Hari Raya tahun ini dia akan memberi tumpuan kepada isteri dan keluarganya memandangkan tahun lalu dia gagal berbuat demikian.
“Saya merancang hari raya pada tahun ini lebih sistematik dan teratur berbanding tahun lalu. Ini kerana saya tidak sempat beraya lebih lama dengan ahli keluarga pada tahun lalu.
“Kadangkala, bila kita tak sempat beraya dengan ahli keluarga dan kawan-kawan rapat bimbang menjadi buah mulut orang pula. Jadi, saya memberi peluang kepada isteri untuk mengatur aktiviti dan jadual kerja saya pada Hari Raya nanti,” katanya.
Dia juga memikirkan untuk mengambil cuti panjang sempena supaya dapat berehat dan menghabiskan masa lebih lama dengan ahli keluarga.
“Saya sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadan ini. Jadi, kalau boleh saya nak bercuti lebih lama untuk menyambut Hari Raya,” katanya yang belum pasti tentang berapa lama cuti yang akan diambil.
Selepas bercuti, dia akan kembali melakukan kerjanya sebagai penceramah bebas melalui syarikatnya sendiri, Ben Ridzuan yang menguruskan ceramah umum.
“Saya akan terus melakukan kerja ini selagi menerima undangan dan sementara orang masih lagi hendak mendengar suara saya,” katanya lagi.
~ Mstar
0 ulasan:
Catat Ulasan