Pelakon cantik, Memey Suhaiza sibuk ketika menjelang Syawal. Dia bukan sibuk mencari baju raya atau membakar biskut raya, sebaliknya sibuk membuat persiapan kahwinnya yang bakal berlangsung pada 25 September depan.

Memey Suhaiza

“Sudah dua tahun saya terpaksa lupakan pasal persiapan raya. Tahun lepas saya sibuk buat persiapan untuk majlis pertunangan, tahun ini buat persiapan kahwin pula. Mungkin tahun depan baru boleh tumpukan pada persiapan raya pula. Setakat ini boleh dikatakan 90 peratus persiapan sudah siap. Mudahan-mudahan semuanya berjalan lancar. Bimbang juga kalau apa yang dirancang tidak menjadi. Nasib baik, keluarga saya pun banyak membantu. Kiranya tahun ini kami sekeluarga raya ala kadar jelah,” ujar Memey sambil menguntum senyum.

Bercerita tentang majlis kenduri yang akan diadakan di rumah keluarganya di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi Johor itu, Memey memberitahu majlis itu akan diadakan mengikut adat orang kampung.

“Saya tidak ambil katering pun, kerja-kerja memasak akan dilakukan oleh penduduk kampung secara bergotong-royong atau orang Johor panggil rewang. Majlis persandingan pun saya akan buat ikut adat Jawa, Johor. Sebelah malam pula, akan ada acara joget lambak untuk tetamu-tetamu yang hadir.

Untuk majlis akad nikah nanti, saya akan menggayakan busana daripada Ezuwan Ismail yang akan diadakan pada 24 September, selepas Asar. Manakala untuk majlis resepsi pada 25 September itu, saya pakai baju Hatta Dolmat. Sementara untuk acara potong kek, saya beri kepercayaan kepada Rizman Ruzaini,” ujar Memey yang mengakui dia telah membelanjakan lebih RM50,000 untuk majlis di Johor.

Pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza akan turut diraikan dalam satu majlis gilang-gemilang di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur, 28 September nanti. Majlis yang mendapat tajaan RM12 juta ini dikhaskan untuk rakan-rakan artis, pihak media dan saudara-mara terdekat sahaja.

Lebih 3000 kad kahwin telah dicetak untuk diedarkan kepada jemputan dan setakat ini sudah hampir 2000 kad telah diserahkan kepada yang berkenaan. Kad jemputan berwarna merah itu menampilkan foto-foto eksklusif Memey dan Norman mengayakan sepasang busana putih rekaan Ezuan Ismail.

1 ulasan:

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top