.jpg)
Belum pun setahun jagung di persada dunia hiburan, nama Neelofa sudah mula dikenali ramai. Pun begitu, ianya bukan disebabkan kerana bakat seninya, sebaliknya kerana kontroversi cinta yang melanda aktres popular Maria Farida dan pelakon baru Shah Jazle. Neelofa dikatakan menjadi punca cinta yang bersatu di antara Maria Farida dengan Shah Jazle rapuh di tengah jalan.
Sejauh mana benarnya tuduhan ini?
Enggan melayan kata-kata bertulangkan dusta yang dicipta oleh individu yang tidak bertanggungjawab, Dewi Remaja 2010 ini menjelaskan, kini langkahnya semakin panjang untuk memahatkan namanya dalam industri seni tempatan.
“Bagi saya gosip sebegitu adalah lumrah dalam kehidupan artis. Terpulang pada individu yang terkena untuk mengendalikannya. Asal dapat mempertahankan apa yang ada dan harus mempunyai kekuatan diri untuk terus berjaya dalam bidang seni ini.
“Saya tak mahu fikir benda-benda yang saya tak buat dan fokus saya kini adalah pada kerja sahaja,” katanya ya ng begitu optimis bercerita mengenai hala tuju dirinya dalam dunia hiburan.
Tidak mahu lagi ada pihak yang terasa hati , marah atau bengang pada dirinya, kata Neelofa, sejujurnya dia juga enggan dikaitkan dengan dua nama tersebut.
Malah, gadis berusia 22 tahun ini mengakui sudah pun memiliki seseorang yang teristimewa dalam hatinya.
“Memang gosip itu tak benar serta saya sendiri sedang berkawan dengan seseorang dan dalam proses mengenali seseorang itu. Jadi kalau nak kaitkan saya dengan Shah Jazle memanglah ianya tak berasas sama sekali kerana antara kami hanyalah rakan sekerja sahaja.
“Secara kebetulan pula kami sama-sama terlibat dalam penggambaran filem Azura 2011 arahan abang Aziz M.Osman,” jelasnya yang bersyukur gosip tersebut tidak menganggu mood antara dia dan Shah Jzle untuk penggambaran filem Azura 2011.
Menyambung perbualan, kata pelajar jurusan perniagaan, Kolej Universiti Sunway ini, dia tetap menghormati Maria Farida sebagai pelakon senior dan tidak mempunyai masalah sekiranya digandingkan bersama dalam drama mahu pun filem di masa akan datang.
“Apa yang dikatakan oleh kak Maria Farida tempohari bagi saya mungkin kerana marah dan ianya keluar secara emosi bukan secara matang. Saya menghormati dia sebagai seorang senior dalam industri dan enggan bermusuh dengan sesiapa termasuklah dirinya,” katanya kepada murai.com.my.
Memilih bidang seni sebagai punca pencarian rezekinya, jelas anak kelahiran Kelantan ini, bidang pengacaraan sememangnya menjadi pilhan utamanya.
Namun dalam masa yang sama dia tidak menolak untuk cuba menceburi bidang nyanyian dan lakonan demi mengembangkan lagi bakatnya dalam kedua-dua bidang tersebut. Dek kerana itu, Neelofa telah memilih untuk bernaung di bawah syarikat pengurusan KRU supaya dia dapat mengatur kehidupan seninya.
“Saya kini merupakan artis KRU dan mereka akan mengaturkan segala perjalanan seninya. Saya memilih KRU kerana saya yakin mereka mampu membantu saya untuk mengembangkan lagi bakat seni yang saya ada. Pilihan utama saya sememangnya bidang pengacaraan namun buat masa ini sekiranya bidang lakonan dan nyanyian yang ditawarkan, saya tak ada masalah untuk mencuba,” katanya lagi.
# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa
0 ulasan:
Catat Ulasan