Selalu memerolehi undian rendah dalam program realiti Maharajalawak, adakah Jihan akan terkeluar malam esok?
Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa pernah mendapat tempat kedua sewaktu memasuki program Raja Lawak musim Ketiga, dan dengan tiket itu jugalah namanya tersenarai antara calon pelawak yang layak untuk menyertai Maharajalawak yang disiarkan di Atro Warna setiap malam Jumaat.
Jika dahulu, Jihan sering kali dilihat menjadi antara pelawak yang mempunyai idea bernas apabila sering mempamerkan lawak yang bijak di setiap minggu pertandingan, kini Jihan seakan sudah kurang sengatnya.
Seakan sukar untuk menggeletek hati peminat, Jihan akui kelemahannya itu sekaligus berusaha untuk bangkit pada malam esok.
"Sememangnya saya tidak meletakkan target untuk ketahap final, saya tahu kemampuan saya tidak mampu melepasi kehebatan pelawak-pelawak senior seperti Jozan dan Nabil, tapi setiap minggu saya berusaha yang terbaik untuk dipersembahkan pada peminat.
"Tentang undian sedikit, itu semua memang saya dah lali, kalau dilihat pada prestasi undian saya sewaktu dalam Raja Lawak musim ketiga yang lalu, memang boleh dikatakan setiap minggu saya berada dalam bottom three, tapi ketika itu mungkin nasib saya baik, maka saya berjaya ke final.
"Kalau ditakdirkan saya terkeluar, saya bersyukur kerana berjaya juga menjayakan Maharajalawak ini, dan berjaya menghiburkan peminat saya biarpun mereka berada dalam kelompok yang kecil.
Minta untuk keluar?
Di sisi lain, ada yang bercerita Jihan sudah hilang semangat untuk meneruskan pertandingan ini kerana terlalu banyak komitmen lain yang perlu diberi perhatian.
"Saya tidak pernah meminta untuk disingkirkan atau dikeluarkan daripda program ini, semua yang saya lakukan sepanjang program ini adalah yang seikhlas yang mungkin. Kalau dari dulu saya tidak bersedia, sudah tentu saya tidak akan ambil tawaran untuk menyertainya.
"Tak dinafikan, saya mempunyai komitmen lain kerana sekarang ini saya masih bekerja sebagai juruteknik bangunan di Majlis Pembandaran Shah Alam, tapi ini tidak mengganggu tugas saya dalam Maharajalawak.
"Memang agak sukar untuk memikirkan lawak-lawak yang bernas berbanding dulu, kerana dulu kami semua dikuarantin dan saingan saya adalah orang-orang yang baru hendak menjadi pelawak, tetapi kali ini saya terpaksa berlawan dengan mereka yang sudah begitu banyak pengalaman.
"Lagipun saya sudah lama tidak lakukan persembahan pentas, dan sekarang saya banyak ambil lakonan berbanding melawak di mana-mana majlis, mungkin itu salah satu faktor mengapa lawak saya kurang menjadi kali ini.
Biarpun sibuk bekerja Jihan tetap sibuk dengan penggambaran telemovie seperti Rom Pom Pom dan Orang Ori yang akan bersiaran di Astro.

0 ulasan:
Catat Ulasan