Pembantu khas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,Ahmad Shaari Abdul Rani terbunuh apabila motosikal berkuasa besar yang ditungganginya terbabas di Kilometer 83.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 3.30 petang itu, Ahmad Shaari, 55, yang menunggang motosikal 1100cc sedang dalam perjalanan ke Langkawi untuk menghadiri kursus di sana mulai esok. Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku ketika hujan lebat.

Ahmad Shaari meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini. - BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top