Tiba-tiba Amani marah…

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar ABDUL RAZAK LATIF


hi 01.1

Sharifah Amani…Kecil tapi tegas.



ORANG selalu membandingkan karakter Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya dengan ibunya, tenaga pengajar Akademi Fantasia, Fatimah Abu Bakar atau kakaknya, penyiar Radio Hot FM, Sharifah Aleya.

Ternyata karakter pelakon yang lebih mesra dengan panggilan Nani itu jauh berbeza berbanding ibu atau kakaknya, kerana kedua-dua wanita tersebut amat peramah dan mudah didekati.

Sebaliknya, Nani, 25, yang merupakan anak didik Allahyarham pengarah Yasmin Ahmad itu sering dilabel sebagai sombong dan sukar didekati.

Nani yang memegang watak Zalia dalam drama bersiri 13 episod, Cita Atau Cinta? yang disiarkan menerusi slot Aurora setiap Khamis, 8.30 malam di TV9 itu berkata, dia tidak kisah dengan pandangan orang lain.

“Biarlah orang nak kata saya sombong atau bercakap pasal diri saya.

“Saya tidak peduli kerana tidak semua orang suka apa yang kita buat. Saya ada sebab tersendiri kenapa bersikap seperti itu.

“Lagipun saya tahu apa matlamat saya dalam bidang ini. Saya bukan hendak menjaja cerita peribadi.

“Sebab itulah saya mudah naik angin kalau diajukan soalan yang tidak berkaitan dengan kerjaya,” akuinya yang ditemui pada lokasi penggambaran drama Cita Atau Cinta? di Kampung Baru, baru-baru ini.






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top