JAKARTA: Bekas suami Krisdayanti (KD) iaitu Anang Hermansyah secara rasmi membuat pengakuan mencintai Ashanty dalam sebuah rancangan televisyen di sini, Selasa.

Portal inilah.com melaporkan, Anang menjelaskan perkara itu ketika ditemu bual dalam rancangan Dahsyat dan disiarkan untuk tontonan berjuta-juta penonton di Indonesia.

Dalam rancangan itu Anang dilihat seperti tidak sengaja untuk membicarakan kisah cinta mereka sambil menanti jawapan daripada kekasihnya mengenai pengakuan tersebut.

Bagaimanapun Ashanty dilaporkan memberi jawapan berbelit-belit sehinggalah menimbulkan rasa tidak puas hati Anang.

“Ya… saya kan baru kenal dengan Anang. Jadi biar saja saya berkawan dengannya dahulu,” kata Ashanty

Akibat jawapan itu, Anang telah meminta Ashanty berterus terang di hadapan penonton mengenai perasaannya sehinggalah wanita tersebut mengaku mencintai Anang.

Jawapan itu membuatkan Anang terus memegang erat tangan Ashanty.





0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top