Dah puas kena gossip kononnya ada affair denga suami orang lastly Elly Mazlein pelakon genit tu declare akan bertunang dengan seorang pengarah filem dan drama Azmi Mohd Hata.

Sia pa yang ada kesempatan (kalau dijemput le) bolehlah ke Kelab Ekuestrian Bukit Kiara pada 29 Mei ni untuk menyaksikan majlis pertunangan Elly Mazlein dan Azmi.
Azmi Mohd Hata
Macam-macam yang orang kata, termasuklah Elly dah jadi isteri kedua… tapi akhirnya terjawab juga gossip-gossip liar tu.

Elly berkenalan dengan Azmi sejak 3 tahun lalu tahun 2009 mengamgap Azmi pengarah filem Duhai Si Pari-Pari sebagai sesuatu yang istimewa.

Jom kita layan apa kata Elly pada Azmi…..

"Saya yakin Azmi adalah lelaki yang boleh memimpin saya ke gerbang kebahagiaan dan membina keluarga sejahtera. Malah saya percaya dia seorang yang bertanggungjawab, menghormati orang tua dan seorang yang penyayang hingga membuatkan saya mengambil keputusan menerima lamarannya.

"Saya tidak berbohong atau sengaja merahsiakan hubungan ini kerana daripada awal lagi saya sudah memberitahu yang hanya akan bersuara jika perkara itu benar-benar sah.

"Justeru, saya mengharapkan pengumuman pertunangan ini akan memberhentikan apa saja tuduhan lama yang pernah memberikan tekanan buat saya. Malah, saya sendiri melihat majlis pertunangan ini sebagai satu simbolik penghargaan buat keluarga dan teman media yang tidak henti menyokong kerana sejak dulu, saya sering berjanji akan menjemput semuanya jika saya sah mempunyai hubungan," katanya ketika ditemui Harian Metro semalam.

Elly juga mengesahkan bakal melangkah ke jenjang pelamin selewat-lewatnya Februari depan.

"Kami sepakat untuk tidak mengikat pertunangan terlalu lama. Sebenarnya kami merancang ingin melangsungkan perkahwinan November ini, namun melihat pada jadual kerja yang begitu padat, kami terpaksa menangguhkannya hingga ke Januari atau Februari depan.

Elly yang sebelum ini popular menerusi drama bersiri termasuk Na-O-Mei dan membintangi beberapa filem seperti Tangkai Jering dan Janji Diana turut mengakui bakal tunangnya duda dan mempunyai dua anak. Enggan mengulas persoalan berkaitan perkahwinan terdahulu dan anak Azmi, Elly yang juga anak kelahiran Slim River, Perak mengharapkan semua pihak menghormati pendiriannya.

"Biarlah apa yang berlalu dijadikan sejarah dan tidak perlu lagi ditoleh. Apa yang penting soal masa depan dan perancangan hari esok saya. Apa yang boleh saya simpulkan, Azmi benar-benar memberikan saya kebahagiaan dan sinar baru dalam hidup.

"Alhamdulillah, apa yang pernah kami rancangkan bersama akhirnya dapat direalisasikan," katanya.
na o mei

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top