2011/04/28

Semua 650 rakyat Malaysia yang mendaftar dengan kedutaan Malaysia di Damsyik, Syria dilaporkan selamat dan tidak terbabit dalam kekacauan di negara itu, kata Wisma Putra hari ini.

Kenyataan Wisma Putra di sini menyebut pihak kedutaan Malaysia di Syria sentiasa memantau dan berhubung dengan rakyat negara ini serta menasihatkan mereka supaya berwaspada dengan situasi terkini negara itu yang dilaporkan semakin meruncing.

Kedutaan turut menasihatkan pelajar dan warganegara Malaysia yang tamat belajar dan selesai urusan perniagaan atau lawatan mereka ke Syria agar kembali secara sukarela ke tanah air.
"Rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk menangguhkan lawatan mereka ke negara itu sehingga keadaan dan keselamatan di sana bertambah baik," katanya.

Orang ramai juga boleh menghubungi bilik operasi Kementerian Luar yang dibuka 24 jam di talian 03-88874570, 03-88892746, 03-88874770, 03-88892830 atau 019-2784566. - BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top