Seramai 20 orang ditangkap dalam serbuan di sekitar London menjelang perkahwinan diraja pewaris kedua monarki Britain, Putera William dengan tunangnya, Kate Middleton hari ini, kata ibu pejabat polis Scotland Yard semalam.

Pegawai polis melakukan serbuan pada waktu subuh itu mengikut perintah waran tangkap di tiga tempat berasingan sebagai sebahagian daripada operasi perisikan yang dilancarkan.

Kesemua yang ditangkap kini ditahan di beberapa balai polis sekitar London.

"Penangkapan ini sebahagian daripada langkah keselamatan untuk menahan suspek yang disyaki," kata jurucakap Scotland Yard.

19 orang ditangkap di Camberwell, selatan London manakala seorang lagi ditahan di Hackney, timur London.-AFP

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top