Cheryl Cole laku
![]() |
|
CHERYL COLE |
KEMUNCULAN Cheryl Cole pada Festival Filem Cannes baru-baru ini ternyata telah memukau karyawan industri filem di Hollywood.
Buktinya, sebaik tampil pada majlis berprestij tersebut, mantan anggota grup Girls Aloud itu telah ditawarkan berlakon filem. Bukan satu tawaran yang diterima, sebaliknya tiga!
“Sebaik dia pulang ke Amerika Syarikat, terdapat beberapa orang penerbit dan agensi yang menelefonnya dan memberi tawaran berlakon dalam projek terkini mereka,” ujar satu sumber kepada Splash News.
Tambah sumber tersebut, selepas berunding, Cole telah bersetuju untuk membintangi tiga buah filem, namun sedang berusaha menyusun jadual kerjanya yang semakin padat.
Namun ada yang mengatakan, tawaran tersebut bukan datang hanya disebabkan dia telah hadir ke festival tersebut. Sebaliknya ia disebabkan oleh impak daripada program realiti yang disertainya, The X Factor.

0 ulasan:
Catat Ulasan