Aktres Blake Lively (gambar) yang memegang watak sebagai Serena van der Woodsen dalam drama bersiri popular, Gossip Girl menegaskan perwatakannya di luar tidak dipengaruhi watak dalam cerita tersebut.


Lively, 23, menjelaskan dia tidak faham mengapa masyarakat menganggap dirinya sama seperti Serena, sedangkan dia hanya mengikut gaya fesyen watak itu tetapi bukan dari segi personaliti.

"Saya memakai pakaian cantik dan tinggal di New York, jadi masyarakat menganggap saya sama seperti Serena, sedangkan saya bukan sepertinya," kata Lively.

Menegaskan dirinya bukan seperti Serena yang gemar berparti, Lively menyatakan dia dibesarkan dalam suasana kekeluargaan dan bertanggungjawab memberikan contoh terbaik buat peminatnya.

"Saya dibesarkan dalam keluarga yang bahagia dan jarang berparti, jika saya berbuat demikian, saya akan memikirkan kesannya terhadap peminat kerana saya perlu memberikan contoh terbaik kepada mereka.

"Dalam beberapa tahun ini, paparazi sering memberikan gambaran sensasi mengenai artis untuk tatapan golongan muda dan apabila mereka terpengaruh, ia boleh mendatangkan masalah," ujar jelitawan itu. - Agensi

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top