Karnival Komuniti 1 Malaysia yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Negeri Kedah memberi ruang dan pendedahan kepada pusat-pusat komuniti di Kedah menunjukkan bakat dalam bidang keusahawanan, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah.

Beliau berkata, karnival itu juga memberi peluang kepada belia-belia menceburi bidang perniagan dengan menyertai pameran-pameran yang diadakan.

"Ia sekaligus dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum di Kedah,” katanya kepada pembertia selepas merasmikan karnival tersebut di perkarangan Jabatan Penerangan Negeri Kedah di sini petang semalam.

Katanya, beliau percaya usaha yang dilakukan oleh Kementerian Penerangan melalui karnival itu adalah bagi melihat kemajuan masyarakat dalam semua bidang terutamanya bidang keusahawanan.

"Saya lihat keseluruhan program-program yang diadakan sepanjang tiga hari karnival ini berlangsung telah memberi input kepada rakyat dan dilihat begitu berkesan kerana ia mengumpulkan semua kaum an bukan satu kaum sahaja,” katanya. — Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top