Kelantan kembali merampas kedudukan teratas Liga Super setelah berjaya mengutip tiga mata penuh apabila mengalahkan Pahang 1-0 di Stadium Sultan Mohamad Ke-4, Kota Baharu malam ini.

Berbaki tiga lagi perlawanan, Skuad bimbingan M.Karathu kini berkongsi 47 mata bersama Terengganu namun mempunyai kelebihan dari sudut jaringan.

Gol kemenangan Kelantan dijaringkan oleh Mohd Badri Radzi seawal minit ke-8.

Terengganu gagal meneruskan rentak kemenangan setelah dikecewakan Kedah 0-1 di hadapan penyokong sendiri pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Badrol Baktiar menjadi wira bagi skuad Hijau Kuning apabila menjaringkan gol pada minit ke-43.

Turut mencatat kemenangan pada malam ini ialah Selangor yang berjaya menumpaskan Negeri Sembilan 2-0 di Stadium Shah Alam.

Di Stadium Perak, Ipoh, pasukan tuan rumah berjaya mengunakan kelebihan bermain di tempat sendiri setelah berjaya mengalahkan T-Team 2-0.

Dua gol Perak dijaringkan oleh Mohd Syazwan Mohd Roslan minit ke-45 dan Shazuan Ashraf (minit ke-87).

Pasukan tercorot, Perlis sekali lagi tumpas 0-1 kepada Felda United pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Utama Negeri, Kangar.

Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, pasukan tuan rumah gagal mengunakan kelebihan bermain di tempat sendiri setelah tumpas 1-2 kepada Johor FC.

Dua gol bagi pasukan pelawat disumbangkan oleh Azizan Baba pada minit ke-8 dan minit ke-35.

Gol saguhati Kuala Lumpur pula dijaringkan oleh Khairul Anuar Shafie pada minit ke-84.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Harimau Muda A mengalahkan Sabah 2-0. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top