Sistem yang akan didedahkan pada satu sidang media yang akan diadakan di New York itu, dijayakan gergasi internet dunia itu dengan kerjasama beberapa institusi kewangan. Google mengundang wartawan untuk menyaksikan ‘inovasi terbaru’ itu, namun ia tidak mendedahkan maklumat terperinci mengenainya. Sumber itu berkata, sistem pembayaran mudah alih itu akan memanfaatkan cip ‘Komunikasi Antara Lapangan’ (NFC) dalam telefon pintar untuk menghantar data transaksi kewangan melalui sentuhan atau gelombang ke kedai terpilih.
Google membangunkan telefon pintar generasi terbaru, ‘Nexus S’ dengan cip NFC yang menukarkan peranti itu kepada dompet maya yang membolehkan pengguna melakukan transaksi kewangan masing-masing secara “tekan dan bayar”.
Samsung dari Korea Selatan mencipta telefon bimbit skrin sesentuh yang dijana oleh sistem operasi Android Google.
Ketua Eksekutif Google, Eric Schmidt, berkata sejurus selepas Nexus S memasuki pasaran pada Disember lalu, beliau menjangkakan teknologi ‘tekan dan bayar’ itu akhirnya akan menggantikan kad kredit.
Sistem pembayaran yang tertumpu kepada gajet Android itu akan meningkatkan daya saing telefon pintar Google dalam pasaran yang semakin kompetitif. – AFP
0 ulasan:
Catat Ulasan