Flashmob Refleksi Orkestra

Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my


DARI kiri, Khairil dan Hanif bersama dua penerbit penyelaras Refleksi Orkestra, Shaari Saripan dan Fiza Abu Samad.



BERIKUTAN dengan sambutan Gemilang 50 Orkestra RTM dan ulang tahun ke-65, RTM dan Kementerian Pelajaran Malaysia sepakat membawakan program realiti TV terbaharu, Refleksi Orkestra.

Lima buah sekolah terpilih sebagai peserta bagi setiap episod. Cabaran tugasan yang dihadapi setiap pasukan bukan mudah lantaran tempoh masa singkat untuk persiapan persembahan.

Lantunan muzik berbentuk wind orchestra atau band konsert, persembahan flashmob (tarian spontan), kejutan artis jemputan buat setiap pasukan serta lokasi persembahan yang menjadi tumpuan ramai memberikan satu gabungan unik buat rancangan tersebut.

"Meskipun setiap pasukan tidak bertanding antara satu sama lain, namun rancangan yang bersiaran selama 30 minit itu memberi peluang kepada penonton untuk berkongsi aktiviti-aktiviti yang dilakukan mereka sepanjang latihan, gelagat dan semangat mereka dalam menghafal nota-nota lagu sehingga hari persembahan tiba," ujar penerbit bersama Refleksi Orkestra, Khairil Razi.

Tambahnya: "Lebih menarik, setiap pasukan hanya akan mengetahui siapakah artis yang akan membuat persembahan bersama mereka menjelang hari persembahan sebenar."

"Tiga buah sekolah berasrama penuh sekitar Kuala Lumpur telah dipilih iaitu Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras dan Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. Dua lagi ialah Sekolah Datuk Abdul Razak dan Kolej Tunku Kurshiah, Seremban," beritahu pula penerbit bersama rancangan itu, Hanif Ahmad,

Katanya, setiap pasukan perlu mempersembahkan rangkaian tiga buah lagu secara medley dua daripadanya pilihan mereka dan sebuah lagi lagu diberikan orkestra RTM.

Antara artis yang terlibat ialah Alyah, Farawahida, Farah Anuar dan Zahid. Lokasi persembahan ialah di Berjaya Times Square, Pavilion Kuala Lumpur, KL Sentral, Sunway Lagoon dan Fahrenheit 88 Bukit Bintang,.

Refleksi Orkestra yang mula bersiaran pa 15 Mei lalu akan terus bersiaran setiap minggu selama lapan episod setiap Ahad pada pukul 1 tengah hari di saluran TV1 dan Astro 180.



0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top