Teka-teki masih bermain di minda 5 pelajar Akademi Fantasia juga penonton di luar apabila Imuniti masih belum diumumkan pemiliknya. Semuanya akan terjawab di akhir Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu Kelapan apabila pengacara Aznil Hj Nawawi akan mengumumkan siapakah pemilik Imuniti ini sebelum penyingkiran dilakukan.


Imuniti yang telah diumumkan sejak Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu Keenam lagi adalah satu sistem yang sama dengan Operasi Gugur namun dalam konteks yang berbeza. Tenaga pengajar akan menyenaraikan 5 pelajar terbaik mengikut susunan markah yang telah dikumpul, kemudian akan dicampurkan dengan bilangan peratusan undian SMS yang dihantar oleh penonton. Gabungan markah tertinggi akan dikurniakan dengan Imuniti yang memang diimpikan oleh semua pelajar.

Pelajar yang mendapat Imuniti ini akan ditutup talian undian SMS mereka selama seminggu dan tidak perlu beraksi dalam Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu Kesembilan nanti. Pelajar ini akan terus beraksi di pentas Konsert Akademi Fantasia 9 Akhir yang akan diumumkan lokasinya akan datang. Siapakah di antara Azri, Erul, Fina, Hazama dan Lena yang bakal menerima Imuniti ini? Saksikan Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu Kelapan, malam ini, 9 malam, eksklusif di Astro Ria (104).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top