Salma protege Erra Fazira telah berjaya menjuarai Mentor 5.

Markah Penuh Mentor 5

Salma: 16 markah (Juri Awam)
Markah: 85 markah

Shiha: 17 markah (Juri Awam)
Markah penuh: 63 markah

Iqa: 20 markah (Juri Awam)
Markah penuh: 56 markah

Konsert akhir Mentor musim ke 5 menyaksikan Iqa (protege Edry KRU), Salma (protege Erra Fazira) dan Shiha (protege Datuk Sharifah Aini) telah beraksi bagi merebut gelaran juara atau pemenang Mentor 5.


Untuk konsert akhir ini, setiap protege telah menyampaikan 3 buah persembahan - nyanyian solo, nyanyian lagu 'single' terbaru mereka dan duet bersama artis pilihan.

Salma telah bergandingan dengan Jaclyn Victor dengan rangkaian lagu 'Cinta' dan 'Rindu'. Untuk lagu solo, Salma akan mendendangkan lagu 'Listen' yang dipopularkan oleh Beyonce dan 'single' pertama Salma berjudul 'Aku Permata'.


Iqa telah menyanyikan lagu Sheila Majid 'Ku Mohon' untuk segmen lagu solo. Artis pilihan Iqa pula ialah Faizal Tahir dan akan berduet dengan lagu 'Karma'. 'Single' Iqa yang pertama bertajuk 'Di Penghujungnya'.

Gambar kemenangan Salma,sila lihat di sini

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top