Menafikan sekerasnya tentang pengakuan pelakon jelita, Rozita Che Wan terhadap hubungan mereka, jelas Shahir dia tidak pernah menganggap apa yang dikatakan oleh wanita itu sesuatu yang serius dan wajar dipercayai. Sebelum ini Rozita Che Wan dalam satu kenyataannya didalam media, mengakui sedang bercinta dengan penyanyi muda, Shahir seperti mana yang dikhabarkan didalam beberapa ruangan gosip sebelum ini. Kenyataan Rozita yang mengharapkan hubungan mereka akan berlarutan ke jinjang pelamin bagaimanapun di sangkal oleh Shahir. Shahir menganggap apa yang diberitahu oleh Rozita itu hanyalah sekadar gurauan dan ianya tidak serius. “Semua orang tahu Rozita suka berjenaka, dan setiap kali dia berbual, pasti ada sahaja gurauan yang dikeluarkan. “Jadi, pada saya kenyataan yang diberikan olehnya pada media itu sekadar gurauan sahaja dan saya yakin dia tidak maksudkan tentang hubungan itu,”jelas Shahir. Menjelaskan dia langsung tidak mempunyai kaitan dengan Rozita, Shahir juga menafikan dakwaan dia sering keluar bersama pelakon wanita itu sama ada untuk menonton wayang atau bermain boling seperti mana dakwaan beberapa gosip sebelum ini. “Saya tidak pernah keluar berdua, jika keluar bersama sekalipun, kami akan keluar bersama kawan-kawan yang lain,”luahnya lagi. Semakin rimas dengan gosip yang melanda dirinya ini, Shahir mengakui ibu bapa dan keluarganya mulai faham dengan apa yang berlaku keatas dirinya. “Mak dan ayah sudah tahu perkara ini, dan sejak daripada awal pembabitan saya dalam industri ini mereka sudah saya ingatkan supaya tidak terlalu cepat melatah apabila mendengar gosip tentang diri saya nanti. “Mereka tidak terkejut dan mereka faham dengan apa yang berlaku keatas diri saya sekarang ini,”luahnya yang menjelaskan hubungannya bersama Zain Saidin baik-baik sahaja biarpun mereka terkait dengan gosip cinta tiga segi ini. |
# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa
0 ulasan:
Catat Ulasan