hi 03.1 Burhanuddin (kiri) dan Pengurus Besar Wonderland Melaka, Seow Cheng Swee bersama-sama maskot Upin & Ipin serta maskot taman tema tersebut.

RENTETAN kejayaan menganjurkan dua siri Karnival Upin & Ipin pada tahun lalu di Melaka Wonderland, Melaka dan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Les’ Copaque sekali lagi tampil dengan idea yang sama untuk penganjuran karnival tersebut bagi tahun 2011.

Bekerjasama dengan stesen televisyen yang sinonim dengan jenama Upin & Ipin iaitu TV9, karnival yang sama kembali menemui peminat-peminat siri animasi tersebut di taman tema Melaka Wonderland pada 28 dan 29 Mei ini.

Menurut Pengarah Urusan Les’ Copaque, Burhanuddin Mohd. Radzi, tahun lalu, karnival berkenaan berjaya menggamit kehadiran hampir 30,000 pengunjung dan kali ini, dia mensasarkan 60,000 orang.

“Tahun lalu, respons yang diberikan pengunjung amat bagus. Tahun ini, dengan melakukan promosi besar-besaran, saya percaya dan yakin sasaran 60,000 pengunjung boleh dicapai.

“Apatah lagi, pelbagai aktiviti dan hadiah menarik disediakan termasuklah penampilan pelakon suara siri Upin & Ipin serta persembahan maskot.

“Tarikan utamanya, sudah pasti acara perarakan maskot siri animasi berkenaan serta maskot taman tema tersebut,” jelas Burhanuddin pada sidang akhbar yang diadakan di SACC, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Burhanuddin turut menambah, karnival dua hari itu bakal digamatkan dengan acara kemuncak iaitu Konsert Sahabat Selamanya pada malam hari terakhir iaitu 29 Mei.

Menariknya, ujar Burhanuddin, konsert berkenaan akan diriuhkan oleh dua penyanyi terkenal iaitu Faizal Tahir dan kumpulan popular Indonesia, Padi.

“Gabungan dua nama besar ini adalah satu daya tarikan yang begitu unik dan penuh simbolik menggambarkan persahabatan antara dua negara.

“Padi dipilih kerana mereka adalah penyanyi asal lagu tema Upin & Ipin, Sahabat Selamanya. Manakala pemilihan Faizal pula disebabkan kredibilitinya sebagai ‘rock star’ ternama tanah air,” jelasnya ringkas.

Selain dua artis popular itu, turut menghiburkan pengunjung pada malam konsert tersebut ialah Datuk Aziz Sattar dan kumpulan Boonyi serta penampilan khas kumpulan nyanyian Les’ Copaque, Haris & The Pembaris.

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top