keena

Dia mungkin belum siapa-siapa lagi dalam bidang seni ini, malah jika disebut nama Keena, pastinya masih ramai yang belum begitu mengenali dirinya secara lebih mendalam.

Dia memulakan kerjayanya secara serius dalam bidang hiburan selepas dia menyertai program Mentor,dan menjadi Potoge kepada penyanyi rock tanah air, Awie.

Kemudiannya Keena atau nama sebenarnya Suriana Ab Wahab, lebih berpeluang menyertai dunia lakonan berbanding nyanyian. Pernah memegang watak sebagai seorang penyambut tetamu dalam drama muzikal, Hotel Mania, Keena juga bakal muncul dengan filem pertama lakonannya iaitu Tokak.

Lebih banyak menerima tawaran lakonan bukan bermakna Keena terus melupakan hasratnya untuk menyanyi, malah pengalamannya selama lima tahun berkecimpung dalam nyanyian live band, persembahan hotel dan TV membuatkan dia lebih meminati bidang itu. keena2

Kini selepas tiga tahun mendiamkan diri daripada sebarang bentuk kegiatan nyanyian, Keena muncul dengan single terbaru miliknya yang berjudul Cinta Luluh.

“Sebelum ini saya sudah membawa sepuluh buah lagu kepada Dream Music, tapi lagu-lagu itu ditolak kerana tidak memenuhi beberapa kriteria.

“Tetapi berlainan dnegan lagu Cinta Luluh ini, pertama kali mendengarnya saya sudah menyukainya, begitu juga dengan pihak Dream Music, mereka sangat berminat dengan lagu ini.

“Ia adalah ciptaan, Y.Hamid sepenuhnya dan ia lebih berkonsepkan slow rock dan sangat sesuai dengan konsep yang saya mahu bawakan.

“Alhamdulillah, lagu-lagu ini sudah mula dimainkan di stesen-stesen radio utama di Malaysia,”jelas Keena.

Nasihat Awie

Walaupun sudah tiga tahun bebas daripada program Mentor, namun hubungan bersama mentornya, Awie masih baik seperti dahulu.

“Saya masih menghubungi Abang Awie bila memerlukan nasihatnya. Memandangkan dia sibuk sekarang dan begitu juga dengan saya, jadi kami hanya berhubung melalui sms.

“Jika dia ada persembahan besar seperti konsert, saya juga tidak akan ketinggalan hadir untuk memberikan sokongan,”jelasnya.

Awie juga turut hadir memberikan sokongan pada Keena sewaktu majlis pelancaran Single terbarunya ini.

Antara Dua

Banyak menghabiskan masa di dalam dunia lakonan, Keena bagaimanapun kini terpaksa membahagikan masanya antara promosi single dan jadual lakonan.

“Saya akan terlibat dengan promosi single ini, tapi ia tidaklah sampai mengganggu jadual lakonan.

“Antara lakonan dan nyanyian, sudah tentu saya lebih meminati nyanyian, namun setakat ini, rezeki saya lebih memihak kearah lakonan, jadi saya teruskan kearah itu,” Ujarnya lagi.

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top