Malah, dia yang bangga dengan pencapaiannyauntuk bertahan sehingga minggu kelapan, sudah dapat menjangkakan barisan peserta yang akan mara ke peringkat akhir program Maharaja Lawak tersebut.
"Saya rasa memang dah tiba masanya untuk saya mengundur diri. Ini kerana saya dapat rasa minggu kelapan adalah minggu paling kritrikal buat saya di mana saya bersama peserta-perserta yang memang hebat.
"Selain bersama otai-otai yang memang dah berpengalaman dalam industri ini, saya juga terpaksa akui Balas punya kekutaan mereka tersendiri kerana mereka berdua dalam setiap persembahan.
"Lagipun saya sedar persembahan saya tidaklah sehebat mana, biaprun saya dah cuba sehabis baik dan memerah otak setiap minggu. Selain itu, masalah kekangan masa untuk persediaan juga timbul kerana saya mempunyai komitmen penggambaran drama," jelasnya ketika dihubungi murai.com.my
Man kini terlibat dengan beberapa telemovie dan drama seperti telemovie Keju Dan Belacan untuk Astro, drama Jejaka Gay untuk RTM dan banyak lagi.
Terdahulu sebelum penyingkiran Man, hos Maharaja Lawak iaitu AC Mizal telah mengumumkan kumpulan R2 telah diserap masuk kembali ke program itu.
Man berharap kemasukan semula kumpulan R2 dalam Maharaja Lawak tidak memberi tekanan kepadanya hanya kerana dia sebelum ini dikenali sebagai juara Raja Lawak musim kelima.
"Terus-terang biarpun saya ini Juara Raja Lawak musim kelima, tetapi saya tak mahu diberi tekanan dengan gelaran itu bila masuk ke Maharaja Lawak.
"Bagi saya Maharaja Lawak merupakan satu tahap yang lebih tinggi yang mana semua peserta mempunyai tujuan yang sama tak kira siapa kita sebelum ini.
"Saya juga rasa R2 ada keupayaan untuk bersaing dalam Maharaja Lawak peringkat akhir nanti kerana seperti kumpulan Balas, R2 juga berdua jadi kekuatan mereka itu lebih jika dibandingkan saya yang seorang ini," tambahnya lagi.
R2 diserap kembali selepas menerima undian sebanyak 51,134 undian menerusi akaun Facebook Maharaja Lawak. Ini memberi peluang untuk mereka kembali bersaing dengan peserta yang masih ada iaitu Balas, Nabil, Jozan, Jambu dan Sepah.
Minggu hadapan, peserta ditugaskan untuk membuat persembahan bersama dengan pelawak profesional yang akan dipilih oleh pihak juri sendiri.
Ahmad Idham, Mamat Khalid dan Saiful Apek menjadi juri bagi progran tersebut.
Program Maharaja lawak disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna pada setiap Jumaat jam 10 malam.
~Murai
0 ulasan:
Catat Ulasan