GUA dikejutkan dengan cerita mengenai seorang peserta sebuah program realiti ini apabila dikatakan berpenunggu. Seram sejuk GUA mendengar cerita yang disampaikan oleh sumber GUA itu. Mana tidaknya apabila cerita yang disampaikan sungguh menyeramkan.
Ceritanya begini, walaupun secara luaran kita nampak dia seorang tetapi dalamannya, peserta program realiti itu berdua. Pendek kata peserta-peserta yang lain juga dapat merasakan yang sama, ;ebih-lebih lagi melihatkan tindak-tanduknya yang agak pelik sebelum membuat persembahan.
Dari mana puncanya tidaklah GUA tahu. Mungkin juga dari warisan keluarga atau juga mungkin khas dilakukan untuk penyertaannya di program realiti tersebut. Siapa tahu kan.
Kesannya bukan kecil ya kerana tidak hanya terkena tempiasnya kepada peserta tersebut malah turut terkena pada peserta yang lain. Habis dikerjakannya peserta-peserta yang lain. Ada yang tiba-tiba sakit, muntah darah, tiba-tiba terkena ruam dan macam-macam lagi. Kalau ada yang terbaru nanti, GUA akan cerita lagi.
GUA tidaklah begitu terkejut dengan permainan kotor atau lebih dikenali sebagai "mandrem" di kalangan artis atau yang baru nak jadi artis. Sudah banyak cerita yang kita dengar kan tapi cerita yang ini benar-benar membuatkan berdiri bulu roma GUA bila mendengarnya.
GUA rasa elok-eloklah dihentikan perkara yang terkutuk itu. Ia tidak menguntungkan mana-mana pihak. Pihak produksi pun dah pening kepala akan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah yang bertimpa-timpa itu. Ingin dilakukan sesuatu padanya juga, mereka takut.
Lebih elok sekiranya diambil langkah berjaga-jaga dan mendapatkan khidmat nasihat pakar keagamaan untuk menjamin keselamatan peserta yang lain agar mereka dapat bertanding dalam suasana yang lebih sihat.
0 ulasan:
Catat Ulasan