Bahang Showdown 2011 semakin terasa. Malam tadi menyaksikan krew dari Sabah, Dejavu Breakerz mengikuti jejak langkah Soulution meninggalkan pentas Showdown 2011. Biarpun penyingkiran mereka sudah dijangkakan, namun rata-rata krew yang lain mengakui terkejut dengan keputusan tersebut.

Bagi Borneo Crew yang turut mewakili Sabah, penyingkiran Dejavu Breakerz sesungguhnya meninggalkan kesan yang mendalam terhadap mereka apatah lagi mereka sama-sama mewakili Kota Kinabalu untuk Showdown 2011.

“Kami rasa sungguh sedih apabila Dejavu Breakerz tersingkir. Apa yang membuatkan kami terkejut ialah kami terpaksa berlawan sesama sendiri dalam pusingan ‘Battle’. Hati kami rasa berat sangat bila nak ‘battle’ dengan mereka memandangkan kami dari negeri yang sama.

“Kami agak terkilan kenapa mereka tak jumpa krew yang lain. Kalau boleh, biarlah Hip Hop bertemu dengan B-Boy. Kami memang sedih sangat sehingga menitiskan airmata kami tadi. Kami harap Dejavu Breakerz tak putus asa, kuatkan semangat dan teruskan perjuangan mereka.”



Penyingkiran Dejavu Breakerz turut dirasai oleh krew dari Kuala Kangsar, Perak dan Sabah, Blazin Squad. Jika minggu lepas krew ini berada di ‘Bottom 4’, namun tujuh anak muda ini terselamat pada minggu ini.

“Alhamdulillah, kami selamat pada minggu ini. Namun, kami rasa sedih sangat kerana Dejavu Breakerz tersingkir. Kami sangat rapat dengan mereka dan memang tak sangka mereka akan terkeluar minggu ini.

“Bagi kami, mereka dah ‘all-out’ semasa pusingan ‘battle’, namun mereka terpaksa berlawan dengan bukan saingan mereka. Apa-apapun, kami sayang Dejavu Breakerz dan harap mereka akan terus menari di mana jua.”

Sebuah lagi krew, Force 136 yang diwakili oleh enam anak muda dari Kuala Lumpur ini turut mengakui akan berasa rindu dengan keletah serta lawak-lawak dari Dejavu Breakerz kerana bagi mereka, Dejavu Breakerz merupakan krew yang menceriakan peserta-peserta Showdown 2011 yang lain.

“Tak sangka mereka yang keluar kerana kami sangka Stepholic yang akan tersingkir. Selepas ini, nampaknya suasana akan sunyi tanpa kehadiran mereka memandangkan mereka merupakan pelawak yang banyak menceriakan kami. Kepada Dejavu Breakerz, teruskan menari dan jangan putus asa. Force 136 sentiasa menyokong kamu dan bagi kami, kamu merupakan yang terbaik.”

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top