Beliau berkata, bekalan susu itu, yang diimport dari Korea Selatan, mempunyai sijil halal Jakim selain sijil negara pengeksport.
Muhyiddin berkata, bekalan susu untuk diedarkan ke sekolah-sekolah tidak mencukupi menyebabkan sebahagian darinya terpaksa diimport luar negara.
"Bagaimanapun orang ramai tidak perlu risau kerana Jakim terlebih dahulu mengeluarkan arahan agar syarikat pembekal susu ini memperoleh sijil halal sebelum membekalkannya. Jadi jangan risau,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Baling/Sik di Pulai di sini hari ini.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, diminta mengulas dakwaan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kubur Panjang, Pendang, Shaharol Niza Omar baru-baru ini mengenai susu berkenaan, yang didakwa tidak mempunyai logo halal Jakim. - Bernama
0 ulasan:
Catat Ulasan