Berbeza dengan filem seram yang diarahkannya sebelum ini, Al-Hijab yang turut membariskan Pierre Andre sebagai pelakon utamanya itu lebih menonjolkan elemen suspen seram daripada visual hantu yang keterlaluan seperti filem-filem hantu yang lain.
Malah, Pierre Andre percaya pendekatan yang cuba dilakukan kali ini bakal membuat penonton benar-benar diselubungi perasaan seram kerana Al-Hijab yang dimaksudkan bukan pada definisi tudung atau penutup kepala perempuan tetapi ia adalah pelindung mata kasar.
"Ramai yang ingat Al-Hijab yang saya maksudkan adalah tudung kepala perempuan tetapi definisi besar yang saya maksudkan di sini adalah hijab mata iaitu pelindung mata kasar.
"Sebenarnya, bila kita dibangkitkan di akhirat nanti hijab seluruh umat akan dibuka dan segala baik dan buruk perlakuannya di dunia ebelum ini akan diperlihatkan. Namun jikalau hijab mata manusia dibuka ketika di dunia pasti segala mahluk halus yang berada di muka bumi ini akan terlihat.
"Jadi, manusia yang dibukakan hijabnya itulah yang akan disingkap dalam filem ini. Pelakonnya adalah saya sendiri yang mana saya akan terlihat mahluk-mahluk halus yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar seperti manusia biasa.
"Ini merupakan filem seram yang agak berlainan dairpada biasa kerana selain konsep cerita seram yang berbeza, saya juga tidak terlalu mendedahkan atau menampakkan visual lembaga atau hantu sebaliknya melebihkan unsur suspen.
"Saya buat penonton yang leka kemudian dikejutkan dengan kemunculan hantu secara tiba-tiba dan bila penonton jangkakan hantu akan keluar tetapi sebaliknya yang berlaku. Jadi banyak unsur tak terjangka dalam filem ini akan berlaku," jelasanya ketika dihubungai murai.com.my
Namun, menurut Piere yang juga penulis skrip kepada filem yang bakal ditayangkan pada 6 Oktober depan ini dia turut menyuntik elemen komedi kedalam filem seramnya supaya penonton dapat merasakan pelbagai emosi ketika menonton.
"Ini salah satu kelainannya juga pada filem seram saya kali ini. Saya ada selitkan satu babak yang benar-benar mencuit hati ke dalam filem saya supaya penonton juga dapat ketawa dan berehat daripada belenggu ketakutan.
"Yelah saya mahu graf cerita ini ada turun naik juga dan tak mahu ia nampak mendatar sehaja. Jadi secara tidak langsung jalan ceritanya nampak lebih menarik," tambahnya lagi.
Selain Piere filem ini turut dibintangi oleh pelakon utamanya Fathia Latif serta Aziz M Osman, Nor Albaniah, Munir Phyne Ballerz dan Pekin.
Al-Hijab yang diterbitkan oleh Empat Semudra Plantation Sdn Bhd ini mengupas tentang kisah seorang pemuda bernama Rafael yang terlalu mengharapkan 'hijab'nya dapat dibuka supaya dia dapat melihat kelibat makhlus halus.
Pemuda tersebut akhirnya berjaya menemui seorang makcik tua yang berkebolehan dalam membuka 'hijab' seseorang namun dia mengingatkan pemuda tersebut bahawa risikonya terlalu tinggi. Rela menempuhi risiko itu, akhirnya 'hijab' pemuda tersebut berjaya dibuka dan apa yang terjadi seterusnya? Semuanya akan diketahui melalui Al-Hijab.
0 ulasan:
Catat Ulasan