Menurut Azadan Abd Aziz, kumpulan itu sudah bertemu dengan Iwan dan penyanyi itu telah memberikan persetujuan untuk melakukan kolaborasi bersama-sama.
“Setakat ini, perancangan masih pada peringkat awal. Kami memilih Iwan setelah melihat perubahan imejnya seperti yang disiarkan di akhbar sebelum ini.
“Kami meminati imej dan suara Iwan yang tersendiri serta bersuara taranum. Kami juga meminati lagu-lagunya yang bersifat mendidik,” katanya.
Tambah Azadan: “Kami memikirkan untuk membuat kelainan muzik tetapi masih mengekalkan muzik nasyid. Setelah bertemu dengan Iwan, kami nampak ada keserasian antara kami walaupun idea tersebut dilahirkan secara spontan.
“Kami akan meminta dia menerbitkan lagu tersebut dengan memasukkan unsur Arab yang dikenali dengan identiti Rabbani.”
0 ulasan:
Catat Ulasan