Fright Night mengisahkan seorang remaja, Charley Brewster lakonan Anton Yelchin yang mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan seorang jirannya, Jerry, apabila lelaki bertubuh tegap itu berpindah ke kawasan perumahan mereka.
Kebetulan di sekolahnya, seorang demi seorang rakan Charley mula hilang. Pada masa sama, rakan Charley iaitu 'Evil' Ed Lee mula mengesan bahawa Jerry adalah pontianak dan dia akhirnya turut hilang.
Sejak itu, Charley mula mengintip tindak-tanduk Jerry malah memberanikan diri menyelinap masuk ke dalam rumah Jerry untuk menyiasat sendiri siapakah lelaki misteri itu.
Hasil penemuan Charley, ia membuatkan dirinya tergamam.
Tindakan Charley juga itu mula disedari Jerry membuatkan Jerry menjadi sangat marah dan mahu membunuhnya serta ibu dan teman wanitanya yang cantik.
Seterusnya Charley terpaksa meminta bantuan seorang penghibur profesional 'gila-gila' yang membuat persembahan bercorak seram di sebuah pusat hiburan di Las Vegas.
Lelaki itu memang tahu rahsia pontianak malah menyimpan banyak khazanah antik berkaitan pontianak.
Berbanding filem terbitan 1985, Fright Night yang terbaru ini lebih seram dan pada masa yang sama menghiburkan.
Penggunaan imej janaan berkomputer (CGI) kali ini juga lebih hebat dan memberikan kesan menakutkan kepada penonton sehingga ramai yang terjerit dalam pawagam.
aha...berbanding yang dulu...rasanya ni Colin Farrell punya lakonan memang mantap dan menjadikan cite ni lebih syok...hoho..
BalasPadam