Kata Shila, setakat ini sebanyak 45 buah lagu kegemarannya telah dinyanyikan semula dengan petikan gitar dan dirakam hanya sekadar suka-suka.
"Saya buat video itu hanya sekadar suka-suka bagi memenuhi permintaan peminat, mereka ingin dengar saya menyanyikan lagu orang lain tapi saya tidak dapat nyanyikannya di khalayak jadi saya mengambil medium ini untuk memenuhi permintaan tersebut.
"Ia juga seperti latihan nyanyian kepada saya selain membantu saya untuk menambahkan keyakinan apabila memetik gitar," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.
Bagaimanapun, kata Shila dia tidak berniat untuk meraih publisiti atau menarik perhatian komposer dari luar negara.
"Saya tidak berniat untuk sebarang publisiti terutamanya mendapatkan perhatian dari pihak luar seperti yang dilakukan oleh kebanyakan penyanyi baru.
"Jika saya ingin tarik perhatian luar bukan dengan cara begini tapi menggunakan kaedah atau saluran yang betul," katanya.
Tambah Shila, rakaman yang di muat turun itu tiada sebarang tujuan komersial dan tidak salah dari segi undang-undang hak cipta.
0 ulasan:
Catat Ulasan