TV9 memulakan pencarian bakat baru Idola Kecil Musim Keempat (IK4). Sesi ujibakat yang pertama telah pun bermula pada 17 dan 18 September lalu di Kuantan, Pahang yang telah melihat ratusan kanak-kanak mencuba nasib untuk mendapat gelaran juara Idola Kecil untuk musim ini.

Bagi sesiapa yang tidak dapat berkesempatan untuk menjalani ujibakat pada hari tersebut, jangan khuatir kerana sesi ujibakat IK4 akan dijalankan lagi di tiga buah lokasi bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang di:

• Hotel Suria City, Johor Bharu: 24 & 25 September 2011
• Hotel Golden Sands, Pulau Pinang: 1 & 2 Oktober 2011
• Sri Pentas, Bandar Utama: 8 & 9 Oktober 2011

Ujibakat IK4 terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di antara 9 hingga 12 tahun. Pada hari tersebut, mereka yang berminat diminta untuk membawa gambar berukuran pasport dan juga butiran diri tetapi yang paling penting adalah untuk membawa keyakinan diri supaya dapat membuat persembahan yang terbaik di hadapan juri-juri, Cikgu Alfa Booty dan Cikgu Delly.

Adik-adik boleh pilih mana-mana lagu dari senarai yang berikut:
1. Pakai Buang – Stacy
2. Kekanda Adinda – Atilia & Monoloque
3. Dan Sebenarnya – Yuna
4. Muda – Hujan
5. Hanya Kau Yang Mampu – Aizat
6. Situasi – Bunkface

Markah bonus akan diberikan kepada mereka yang memiliki bakat-bakat lain seperti bermain alat muzik, berlakon atau menari. Idola Kecil ini bukan sahaja bertujuan untuk mencungkil bakat baru di kalangan kanak-kanak tetapi turut meningkatkan kemahiran komunikasi, tuturcara dan juga jati diri.

Untuk maklumat terkini tentang IK4, layari laman web TV9 di www.tv9.com.my dan Facebook rasmi Idola Kecil 4 iaitu www.facebook.com/IdolaKecil4.

Kredit: Budiey

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top