Malah, model yang kini mencapai usia 30 tahun itu kini turut mencurahkan pengalamannya sebagai model kepada 400 bakal model menerusi agensinya iaitu Amber Chia Academy. Dia kini adalah mentor buat model-model baru.
Menurut ibu kepada seorang anak, Ashton yang kini berusia 11 bulan ini, dia puas kerana berjaya menubuhkan akademi itu bagi melahirkan model-model pelapis pada masa depan. Usahanya itu semakin membuahkan hasil.
"Setakat ini saya sudahpun mengembangkan cawangan akademi saya di mana cawangan yang keempat baru sahaja dibuka di Times Square, Kuala Lumpur. Selain itu, ia juga mempunyai tiga lagi cawangan di sekitar Lembah Klang.
"Tiga cawangan itu ialah di Pulau Pinang, Melaka dan Petaling Jaya. Ini adalah antara sumbangan saya dalam bidang peragaan tanah air," katanya selepas pengumuman model jenama cermin ma
Produk cermin mata yang popular sejak hampir 40 tahun itu turut melantik tidak kurang tujuh lagi model antaranya Farhan (Akademi Fantasia), Zoey, Steve Yap dan Alan Yun turut bekerjasama dengan jenama cermin mata Pantone.
Jelas anak kelahiran Tawau, Sabah itu, dia menceburkan diri dalam akademi terutamanya bagi melahirkan lebih ramai model berkaliber selepas mendapati usianya yang semakin meningkat.
Tambah Amber, dunianya kini bukan setakat pada dunia peragaan, tetapi pada masa sama dia juga memberi tumpuan kepada keluarganya, apatah lagi anaknya yang masih kecil itu menagih perhatian dan kasih sayangnya.
"Apabila bergaul dengan model-model baru yang berusia belasan tahun saya berasa seperti sudah tua. Saya rasa mereka macam adik-adik dan juga anak-anak saya. Sebab itu, sudah sampailah masanya saya beralih arah ke bidang lain.
"Ia berlaku sedikit demi sedikit kerana saya masih lagi aktif dalam bidang peragaan. Antara produk terbaru yang menggunakan khidmat saya sebagai model ialah produk Huggies. Setakat ini saya sudah menjadi model banyak produk.
"Saya menjadi model ataupun jurucakap kepada lebih 20 produk tempatan mahupun dari luar negara. Selagi khidmat saya diperlukan saya akan terus terbabit dalam bidang ini," kata model yang mempunyai berat 50 kilogram itu.
Meskipun semakin dimamah usia tetapi model tinggi lampai itu masih berjaya mengekalkan kelangsingan tubuhnya biarpun baru melahirkan anak sulungnya hampir setahun yang lalu. Banyak yang dilakukannya bagi mencapai tahap itu.
Kata Amber, dia banyak melakukan senaman selain menjaga soal pemakanan bagi memastikannya terus kelihatan sihat dan cantik. Dia ternyata tidak berahsia tentang rahsia kecantikan yang dimilikinya itu.
"Dalam usia yang semakin meningkat ini, saya amat menjaga pemakanan. Antaranya saya mengambil makanan tambahan seperti kapsul minyak ikan omega 3 pada setiap hari. Saya juga mengamalkan senamana yoga.
"Apabila ada kelapangan saya akan mengikuti kelas yoga dan jika sibuk saya akan melakukannya sendirian di rumah. Malah, saya juga selalu mendukung anak saya sehingga otot lenggan saya juga semakin kental," ujarnya sambil ketawa.
0 ulasan:
Catat Ulasan