Pelakon Cliff Robertson yang memegang watak sebagai bapa saudara Spiderman, Ben Parker dalam filem bersiri tersebut meninggal dunia semalam pada usia 88 tahun.

The Los Angeles Times melaporkan pemenang anugerah Oscar yang mula dikenali ramai selepas memegang watak sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), John F. Kennedy itu meninggal dunia akibat sakit tua di Pusat Perubatan Universiti Stony Brook.

Cliff Robertson

Sepanjang kariernya, Robertson terlibat dalam kira-kira 60 buah filem termasuk PT 109, My Six Loves, Sunday In New York, The Best Man, The Devil's Brigade, Three Days Of The Condor, Obsession dan Star 80.

Lakonannya di dalam PT109 sebagai John F. Kennedy sewaktu muda membuatkan dia dikenali dunia ketika itu.

Robertson memenangi Anugerah Academy pada 1968 bagi wataknya sebagai penjaga bangunan yang mempunyai masalah mental dalam filem Charly.

Robertson pernah berkahwin dan bercerai sebanyak dua kali dan memperoleh dua orang anak perempuan hasil daripada dua perkahwinan itu. - AFP

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top