Hadiah berjumlah RM60,000 menanti pendengar setia Hot FM menerusi peraduan ‘Beraya Bersama Wak AG Dan Usop’.

Pengurus Besar Rangkaian Program, Rangkaian Radio Media Prwima, Anida Mohd Tahrim berkata, peraduan mudah dan sangat menarik ini dilihat sebagai salah satu cara menguji pendengar Hot FM untuk meneka nama lagu serta penyanyi.

“Caranya mudah. Seperti selalunya, pendengar perlu mendengar siaran Hot FM dan menunggu isyarat memanggil atau isyarat SMS ke udara. Seterusnya hantarkan SMS khas iaitu SMS BERAYA ke 33399 dan mereka yang terpantas akan dihubungi semula penyampai kami.

“Bagi Isyarat Memanggil pula, pendengar perlu menjadi pemanggil kelima menembusi talian Hot FM,” katanya.

Dilancarkan pada 12 September 2011 selama tiga minggu, Anida berkata, pendengar hanya perlu meneka tajuk lagu bagi lirik yang dinyanyikan secara bersama atau bertindih oleh Wak AG dan Usop.


“Lirik yang dinyanyikan itu dipetik daripada lagu yang sama bagaimanapun disampaikan dengan cara berbeza oleh dua penyampai itu. Bersesuaian tema acara kesemua lagu yang diperde�ngarkan adalah berkisar hari raya.

“Sekiranya pendengar dapat meneka lagu dengan tepat, RM500 menjadi milik mereka. Jika gagal menjawabnya dengan tepat, wang itu dikumpulkan ke sesi seterusnya,” ujanrnya.

Anida berkata, kadangkala kita hanya tahu artis yang menyanyikan sesebuah lagu tanpa ingat tajuk lagu itu.

“Justeru kali ini, Hot FM cuba menganjurkan kempen Beraya Bersama Wak AG Dan Usop kerana mahu menguji ingatan pendengar kami untuk meneka nama lagu serta nama penyanyinya.

“Cuma untuk lari daripada kebiasaan, kami meminta Wak AG dan Usop untuk menyampaikan lagu dalam cara mereka yang tersendiri. Ia tentulah lucu dan menghiburkan.

“Dalam pada keasyikan menyambut raya, kita juga akan bertambah peka dengan tajuk lagu raya yang memberi peluang kepada semua untuk memenangi wang RM60,000,” katanya.

Sementara itu, ada satu lagi acara dianjurkan Hot FM iaitu ‘Konti Terbuka’ pada Jumaat, 23 September ini bermula dari jam 8 hingga 10 pagi. Isyarat Memanggil akan bermula pada 12 September 2011.

Pendengar hanya perlu mencipta mencipta serangkap pantun empat kerat dan menjual pantun tersebut apabila mendengar Isyarat Memanggil di Hot FM. Jika mereka bernasib baik, mereka bersama dua rakan masing-masing menerima jemputan istimewa ke majlis Konti Terbuka Hot FM.

Bukan sekadar bertemu barisan penyampai seperti Fara Fauzana, Faizal Ismail, AG, Usop, Kieran, Ikhwan, Suraya, Deen dan Chad, pemenang bertuah juga hiburkan artis jemputan seperti Aizat dan Jaclyn Victor.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top