Album terbitan What's Up Entertaiment yang dimiliki anak tiri Dato` Siti, Adib Khalid itu cukup istimewa kerana turut menyaksikan kolaborasi bersama superstar antarabangsa Sean Kingston, bertajuk Remember You selain single All Your Love yang telah berjaya menawan hati ramai peminat penyanyi jelita berkenaan.
All Your Love mula dipasarkan sejak 24 September lalu di bawah label syarikat rakaman Warner Music Malaysia dan memuatkan sepuluh lagu penuh berbahasa Inggeris.
Ketika pelancaran, Dato` Siti telah menyanyikan buat pertama kalinya beberapa lagu terbarunya Stand Up dan Remember You di hadapan peminat serta pihak media yang memenuhi pusat beli belah berkenaan.
Datuk Siti menggayakan trench coat merah cili dari Valentino, dihiasi tali pinggang dan tumit tinggi Alexander McQueen serta perhiasan berlian dari Boucheron.
0 ulasan:
Catat Ulasan