Ashraf Muslim telah selamat bersanding dengan pasangannya, Noor Dayana binti Lokman pada 17 SEP 2011. Pasangan ini terdahulu telah selamat dinikahkan di Kota Mekah pada 1 Syawal lalu.

Dalam majlis persandingan, Ashraf dan Dayana tampil dalam persalinan berona putih dan lilac rekaan Ezuan Ismail. Majlis berkonsepkan perkahwinan Inggeris ini berlangsung di rumah pengantin perempuan di Villa Bestari, Kg. Sungai Pusu, Gombak, Selangor.

Pihak lelaki membawa sembilan dulang hantaran yang terdiri daripada Al-Quran, Telekung, Beg Tangan Salvatore Ferragamo, Jam Tangan Esprit, I-Phone 4, Sireh Junjung, dan kek. Manakala pihak perempuan membalas dengan 11 dulang hantaran. Antara buah tangan untuk pihak lelaki ialah Set Wangian Boss, Jam tangan Gucci, Al-Quran, Sepasang kasut Bally dan Cermin Mata Prada.

Majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan pada 24 September hadapan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka.

Persandingan Ashraf Muslim-Noor Dayana

Persandingan Ashraf Muslim-Noor Dayana

1 ulasan:

  1. alhamdulillah...smoge bhagia hingga akhir hayat...:)

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top