Sinopsis Semanis Janji

Drama Semanis Janji ini mengisahkan tiga beradik; Aishah, Alia dan Azza yang berhijrah dan memulakan kehidupan baru tinggal bersama Datuk Azman, setelah kematian ibu dan bapa mereka.

Azman adalah kenalan rapat keluarga. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, bapa mereka mewasiatkan tinggal bersama keluarga Azman.

Azman adalah hartawan yang mempunyai empayar industri yang besar. Anaknya, Fazli pula menguruskan perniagaan perhotelan yang juga salah satu daripada perniagaan keluarga. Fazli seorang pemarah, sombong dan ego. Jarang nampak dia senyum atau bergurau.

Drama Semanis Janji

Kehadiran Aishah, Alia dan Azza dalam keluarga Azman tidak disenangi puan Ainun. Ainun bukan saja tak sukakan Aishah dan adik-beradiknya tetapi juga mahukan harta kekayaan dan perniagaan untuk dimiliki anak-anaknya, Ikram, dan Maya.

Saksikan kesudahan drama bersiri ini setiap Ahad jam 10 malam hanya di TV1.


Pelakon Semanis Janji:Elly Mazlein,Zamarul Hisham, Elly Mazlein, Baby Farah, Abu Bakar Juah, Rosnah Johari, Diya, Maimon Mutalib dan Mahmud Ali Bashah.

Sepanjang 26 episod siarannya, drama rantaian Semanis Janji ini mengangkat martabat seorang wanita yang gigih dan tabah dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang kakak sulung yang sanggup berdepan pelbagai rintangan dan dugaan demi memastikan kebahagiaan adik beradiknya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top